CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 30, 2009

Cerita politik..

Ada sorang member nang minat politik molah ceramah dgn aku dan sorang gik kawan. Gelik juak ati cos kmk duak jak dgr. mungkin nya tok terlalu taksub dgn BN or nang nya tok merati hal-hal politik. Nya ngulas ttg kekalahan beberapa calon BN waktu pilihanraya yg lalu.

Katanya, undi yang di oleh dak pembangkang bukanlah kerana rakyat nok mengganti Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ianya adalah undi protes. Daknya protes terhadap kepimpinan lesu BN. Rakyat melihat pimpinan BN sik ada upaya molah keputusan yg bagus, sik pandei menangani masalah kenaikan kos sara hidup, berdolak-dalik, sik pandei nok merancakkan ekonomi dan yang terutamanya terkenal kerana meletakkan kepentingan keluarga lebih utama daripada negara. Semua orang tahu berkenaan dengan Tingkat 4 dan peranan kroni Khairy Jamaluddin di dalam menetapkan dasar-dasar dan memutuskan aktiviti-aktiviti perniagaan negara. Rakyat melihat golongan muda yang angkuh macam tok sbg penyumbang kepada prestasi lemah Perdana Menteri.

Katanya BN masih lagi parti politik yang terbaik di Malaysia. Ianya memberi banyak ruang penyelesaian kepada masalah parti-parti di Malaysia dan kaum-kaum yang daknya wakili. Dan sik dapat dinafikan yang BN telah membangunkan Malaysia sebagaimana yang kita lihat hari tok.

Nang menar nok dipadah oleh kawan ku ya. Apa yg berlaku waktu pilihanraya tek mcm marahkan nyamuk, kelambu dibakar. habis org yg bagus jd pemimpin jd korban. Aku hrp rakyat lebih mature dlm memilih wakil daknya pada masa yg akan datang.

0 comments: