CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 11, 2008

Keikhlasan, kejujuran dan daging korban...

Baru-baru tok aku diembak sorang kawan nanggar majlis ibadah korban di sebuah kpg di ctok. sapi nok dikorban enggak seekor jak. Lepas senbahyang raya haji, maka ramilah org berkumpul dibelakang masjid kpg ya tek.

Lebih kurang pukul 10 pagi maka tok imam pun memulakan majlis. Mula-mula cdak mbiak bujang disuruh numbang dan ngikat sapi. Lepas ya diembak ke tempat senbelih. Nerkerumun org nok nangga tok imam nyembelih sapi. Bila dah siap disembelih maka sapi ya diembak ketempat melapah dan proses-proses seterusnya.

Mula-mula aku sik juak heran tp bila aku nanggar benar-benar rami jak org tua-tua berebut basuh tangan daknya dgn darah sapi ya tek. Pelik juak. Lalu aku pun nanyak pahal daknya mcm ya lalu ada sorang org tua mdh dgn aku kononnya dak ya tek berebut nok cuci cincin daknya dgn darah sapi cos ada sesuatua yg special dgn drh sapi yg baru disemblih ya especially waktu cam tok. Diam jak aku cos aku tok sik kalak dgr cerita camya.

Pas ya aku pun nanggar org memproses daging sapi. Benmar jak rupa cdak nimbang daging dan bungkus nya pakei berik dgn org yg sepatutnya. Malangnya ada juak org yg sik tauk reti. Mula-mula cdak pekerja nyembat isi dan bahagian lain sapi. Masing-masing nyimpan dlm beg> bertapok-tapok jak olah daknya tapi aku jelas nanggar perbuatan ya. Pasya tek beberapa org yg aku tauk ngambik daging sapi utk diberi dgn member2nya. Mun org kurang upaya or miskin kah sik lah hal tapi org nok diberiknya nang org yg sempurna sifat dan berkemampuan. Mun ada nulong sik juak hal tapi kerjanya katok2 jak duduk nangga org kerja. Nang apa lah perangei org macam.

Bila dicerita aku dgn member aku ya tek, nya madah nang setiap tahun perkara mcm ya berlaku. Aku sik dpt berbunyi gik. Gelek palak jak aku..

Tanah runtuh dan runtuh lagi..

Bila aku terbaca ttg kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, teringatlah aku ttg kes Highland towers. Just beberapa tahun sebelum highlan towers ya runtuh, cdak komuniti tpt ya ada molah aduan dgn kerajaan ttg kemungkinan bahaya akibat projek pembangunan yg berdekatan tp sik dipeduli. Bila highland towers tumbang, maka gagolah daknya nok nyalah satu sama lain. Semua coba nok lepas tgn.

Sama juak halnya dgn kes bukit antarabangsa. tahun lepas or sebelum ya ada komplen dari penduduk tmpat ya ttg masalah kemungkinan tanah runtuh akibat pembangunan di kawasan ya. Tp seperti biasa aduan tinggal aduan. Bila dah berlaku tanah runtuh dan ada yang mati akibatnya, maka startlah cdaknya nok nyalah org lain. Yang paling aku heran ialah dak geng2 parti BN mula nok nyalah kerajaan yg diperintah oleh pihak lawan kerana sik ambik berat ttg aduan rakyat. Aku rasa daknya nang paloi cos cdak kerajaan negeri kinek tok baruk megang kuasa arum bulaknya tengah taun tok tek sedangkan komplen rakyat dah dipolah beberapa kali sewaktu daknya jadi kerajaan.

Camneylah rakyat nok percaya dgn kita mun cakap sik serupa bikin....

Aku ada terbaca sigek artikel tentang ibadah korban dan golongan yang layak menerima daging korban, so aku paste dlm tok pakei bacaan dan pengajaran semua org yang membacanya.

"HARI ini masuk hari ketiga Aidiladha dan umat Islam hanya mempunyai masa sehingga selepas Asar esok - yang menandakan berakhirnya hari tasyrik - untuk menunaikan ibadah korban. Umat Islam yang berkemampuan memang dituntut untuk berkorban dan kita juga sepatutnya memahami hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebalik ibadah itu, khususnya dari segi sirahnya kerana ia mempunyai kesan langsung kepada umat Islam.

Korban adalah sirah Nabi Ibrahim yang diminta Allah supaya mengorbankan puteranya Ismail sebagai menguji keimanan dan ketakwaan seorang hamba. Oleh kerana niatnya yang ikhlas dan ketakwaannya yang tulen, Allah menggantikan Ismail dengan seekor kibas.

Bagaimanapun, apakah umat Islam benar-benar menghayati konsep dan falsafah ibadah korban ini, maksudnya apakah kita memahami apa yang terkandung di sebalik amalan menyembelih haiwan berkenaan dan erti mengagih-agihkan daging korban kepada mereka yang memerlukan?

Kita sepatutnya mendalami, memikir dan menghayati firman Allah yang bermaksud: "Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah sebahagian lagi kepada orang yang sengsara lagi fakir." (Al-Haj: 22-28) Firman Allah itu sudah jelas mewajibkan umat Islam melakukan ibadah korban, tetapi satu perkara yang perlu kita fikirkan bersama ialah bagaimana ibadah itu dapat kita laksanakan dengan sempurna.

Perkara ini kita timbulkan kerana menyedari ada di antara umat Islam yang tidak memahami maksud ibadah korban yang sebenarnya. Tidak hairanlah ada yang berkorban semata-mata kerana ramai rakan dan jiran mereka berbuat demikian atau mahu menunjuk-nunjuk mereka ada duit ketika kegawatan ekonomi sekarang. Akibatnya mereka tidak memberi perhatian sewajarnya dalam soal pengagihan daging haiwan yang dikorbankan.

Selain itu, kita juga sedih kerana ada di kalangan mereka yang melaksanakan ibadah korban tidak membuat persediaan sewajarnya sehingga daging korban tidak diagih-agihkan seperti yang dituntut. Malah, ada pihak yang mengambil jalan mudah dengan memberikannya kepada sesiapa saja tanpa mengambil kira apakah penerima itu layak atau tidak.

Dalam hal ini, kita memuji langkah Kerajaan Kedah yang mewujudkan Pusat Penyembelihan dan Pengedaran Daging Korban bagi memastikan pengagihan dapat dibuat dengan sempurna. Kita juga sedar kebanyakan tempat menubuhkan jawatankuasa peringkat kariah masjid dan surau untuk menguruskan perkara itu, tetapi yang menjadi masalah ialah mereka yang melaksanakan ibadah korban secara sendiri atau keluarga.

Mengagih-agihkan daging korban bukanlah mudah. Kita perlu memastikan mereka yang layak saja menerima daging korban itu, termasuk fakir, miskin, mereka yang menguruskan korban dan jiran tetangga. Dalam keadaan sekarang, golongan fakir atau mereka yang mempunyai pendapatan tidak memadai dengan keperluan agak sukar untuk dikesan, kecuali jika kita merujuk kepada senarai yang ada pada pihak berkuasa agama yang menguruskan pengagihan zakat fitrah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa yang berlaku sekarang ini, ada pihak yang melakukan korban hanya memberi keutamaan kepada jiran tetangga dan mereka yang menguruskan majlis, manakala golongan fakir dan miskin hanya diagihkan daging korban jika berlebihan. Malah, ada juga kes yang mana mereka yang berkorban ini berebut-rebut daging korban hingga menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan.

Sebenarnya, soal pengurusan ibadah korban ini boleh dibuat dengan sempurna jika pihak berkuasa agama dapat memberikan garis panduan sewajarnya seperti memastikan setiap kariah mempunyai jawatankuasa khas untuk menguruskan majlis korban, di samping mengenal pasti lebih awal lagi mereka yang layak mendapat daging korban.

Selain itu, bagi memastikan fakir miskin yang tinggal jauh di kampung dan pedalaman dapat turut menikmati daging korban, sebuah badan khas perlu diwujudkan untuk mengawasi dan menguruskan majlis korban. Badan berkenaan hendaklah menyediakan kontena sejuk yang boleh membawa daging korban untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin di kawasan berkenaan, terutama yang tidak ada majlis korban. Mungkin Baitulmal atau majlis agama Islam negeri boleh memikirkan perkara ini sesuai dengan fungsi mereka membantu golongan fakir dan miskin."

Janji tinggal janji...

Minggu tok tek aku ada dgn org molah sigek majlis. Maklumlah ada VVIP akan merasmi majlis tok. Maka gagolah semua org yang terlibat. Sepanjang minggu org2 kpg molah gotongroyong bersih kpg, menghias tapak majlis dan banyak gik lah kerja2 yg berkaitan. Semua org bercerita ttg VVIP yg bakal dtg tek. Sik kurang juak yg sik berapa suka dgn VVIP ya cos pernah molah kerja jaik waktu nya gik mudak2 dolok.

Tinggal sehari gik majlis nok dipolah, p.a. VVIP tok pun mdh dgn dak AJK majlis yg bosnya sik dpt dtg dan diganti dgn diriknya pun. Alasannya ialah bosnya gik ada urusan penting di tempat lain. Bila berita tok tersebar, maka frust juaklah rasa beberapa geng2 AJK tek.

Bila siasat punya siasat, rupa-rupanya si VVIP ya tek sikda pergi siney2, nya melepak jak dirumah. Bila aku ngenang perkara mcm tok, sik patut juak mun kita dh jadi VVIP dan dh berjanji nok datang ke function org, cobalah kita tepati janji kita. Mun selalu gilak mcm ya, org akan hilang kepercayaan dgn kita kelak.