CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 4, 2009

Kemurkaan Allah tiada sempadan...insaflah....

400 penduduk ditelan bumi


SEORANG wanita berjalan di hadapan sebuah masjid yang runtuh di kampung Patamuan di bandar pinggir pantai Padang Pariaman, semalam. – Reuters


JAKARTA 3 Okt. - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi melanda Sumatera Barat pada Rablu lalu pada 5.16 petang 30 Sept.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu yang berlaku pada pukul 5.16 petang merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.


4,000 mangsa masih hidup


DUA anggota penyelamat Indonesia mengeluarkan mayat mangsa gempa bumi yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Kota Padang, Sumatera Barat, semalam. Hampir 4,000 orang penduduk dilaporkan masih terperangkap dalam runtuhan bangunan. – AP


JAKARTA 3 Okt. - Hampir 4,000 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan berikutan gempa bumi kuat yang menggegar barat Sumatera pada minggu ini, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Palang Merah, hari ini.

"Kami menjangkakan antara 3,000 hingga 4,000 mangsa masih terperangkap atau tertanam hidup-hidup di bawah runtuhan,'' kata Penyelaras Kemanusiaan PBB di Indonesia, El-Mostafa Benlamlih kepada AFP.

Ketua delegasi Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia, Bob McKerrow berkata, pihaknya meletakkan jumlah mangsa tertimbus kepada 4,000 orang berdasarkan pemantauannya di bandar Padang dan kawasan sekitar bencana. - AFP



Thursday, October 1, 2009

Terimalah ihsan dari kami.."si malingsia"...



Beberapa penduduk berjalan di kawasan yang mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia hari ini. Gempa kedua sekuat 6.8 magnitud berlaku lagi hari ini selepas gempa dengan kekuatan 7.6 magnitud menggegarkan wilayah itu petang semalam. - AP




Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Indonesia khasnya mangsa gempa di Padang akibat malapetaka yang menimpa mereka. Lupakan segala tuduhan dan ancaman mereka terhadap kita. Buktikan bahawa kita tidak seperti yang mereka sangka. Bagi sya, kita adalah serumpun. Ibarat kata pepatah, cubit paha kana..paha kiri turut terasa. Segala keperitan yang ditanggung oleh saudara kita di Indonesia patut diberi pembelaan dari kita. Sesungguhnya, hanya dengan cara inilah kita dapat bersatu dan mengurai segala kekusutan yang sedia ada.



Susilo alu-alukan bantuan Malaysia untuk mangsa gempa
JAKARTA 1 Okt — Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengalu-alukan sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat, petang semalam.

Sumber berita: Utusan Melayu Online, 01/10/09

______________________________________________________

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar pesawat kedua jenis Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 8.30 malam ini yang akan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dengan membawa pasukan perubatan dan kakitangan kementerian ke Padang.

Sumber: Berita harian online, 01/10/09