CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 30, 2009

Keberangkatan pulang duli2 tuanku...











Setelah berada beberapa hari berada di bumi kenyalang, maka sudah tiba masanya, duli2 tuanku dan permaisuri utk berangkat balik ke tempat masing2. kami, rakyat Sarawak amat berbangga dgn lawatan yang mulia tuanku dan permaisuri. semoga ianya membawa banyak kenangan manis dan baik. Diharap semua duli tuanku dan permaisuri sudi kembali ke Sarawak pada masa akan datang...Daulat Tuanku..Daulat Tuanku...Daulat Tuanku....Sembah patik harap diampun..

Tuesday, July 28, 2009

Selsema babi semakin membabi...

Saya agak terkejut pabila terbaca tentang kematian ketiga yg berpunca dari selsema babi di negara kita. nampaknya tahap kesihatan dan bahaya jangkitan selsema babi ni agak membimbangkan lebih2 lagi semakin banyak pusat2 pengajian tinggi dan sekolah2 terpaksa ditutup sementara akibat penyakit ini.
Saya menyeru orang ramai agar lebih peka dan sensitif akan perkara ini kerana penyakit selsema babi ini mudah berjangkit kerana ianya "airborne" iaitu kumannya boleh berjangkit melalui udara. Jika perlu, gunakan topeng penutup mulut yang disyorkan bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Kematian ketiga akibat selesema babi dilaporkan

28/07/2009 12:34pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Satu lagi kematian akibat selesema babi atau influenza A(H1N1) dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan tiga kematian dilaporkan akibat penyakit itu setakat ini.

Mangsa terbaru, seorang lelaki rakyat tempatan yang berusia 42 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang semalam.

- BERNAMA

Saturday, July 25, 2009

Daulat Tuanku


Wajah Bandaraya Kuching agak ceria dan malamnya begermelapan dengan simbahan cahaya neon yang indah. Kehadiran Raja2 melayu serta Yang ADiPertuan Agong ke Bumi Kenyalang amat memberi makna kepada rakyat Sarawak. Saya sempat melihat raptai sambutan DiRaja di Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru. Segala persiapan sedang rancak dilakukan. namun timbul jua kerisauan tentang tahap kebersihan disepanjang jalan menuju ke bangunan tersebut kerana lebihan timbunan tanah merah di tepi jalan begitu mencacatkan pemandangan. Di harap pihak yang berkenaan dapat menjalankan kerja pembersihan secepat dan secekap yang mungkin.

Namun terdapat segelintir pengguna jalanraya tidak peka dengan perkara yang berlaku di sekitar mereka. semalam, sewaktu saya pergi untuk menunaikan solat jumaat, sekumpulan motosikal dan peronda polis sedang mengadakan latihan pemanduan. Siren polis dibunyikan dan semua kereta dihadapan diminta memperlahankan kenderaan serta berhenti di tepi jalan. Namun terdapat sebuah kereta pacuan empat roda berwarna hijau dan mempunyai logo salah sebuah agensi di Kuching tidak mematuhi arahan tersebut. Bukan saja pemandunya tidak memberi laluan kepada kenderaan polis yang berikut malah memecut lebih laju dan memotong beberapa buah kenderaan di depannya. saya agak terkejut melihat perbuatan pemandu yang bermata sepet tersebut...sungguh biadap dan kurang ajar... mereka bukan saja ingkar arahan pihak polis tetapi membahayakan pengguna jalan yang lain. Kejadian ini berlaku di bulatan berdekatan dengan petronas menuju ke SMK Petra jaya.

Saya harap pihak polis dapat mengesan pemandu kenderaan tersebut dan mengambil tindakan yang nsewajarnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya mematuhi peraturan jalanraya dan arahan2 semasa yang diberi kepada kita lebih2 lagi jika ianya berkaitan dengan keselamatan Raja2 melayu kita...Daulat Tuanku...sembah patik harap diampun....

Tuesday, July 21, 2009

jerebu..panas..open burning..H1N1..













Sejak akhir2 tok, cuaca d Kuching agak panas. Aktiviti pembakaran terbuka semakin menjadi-jadi khasnya di kalangan pekebun. mereka mengambil kesempatan cuaca panas dan kering utk membakar sisa yg tak diingini agar kebun mereka dpt diusahaklan dgn segera. Namun, ramai yg menerima padah akibat perbuatan mereka. Kalau dilihat keadaan langit d sekitar Bandaraya Kuching agak berjerebu . ini mengakibatkan humidity semakin tinjggi. Apabila ini berlaku, suhu semakin meningkat dan menyebabkan isu panas menjadi topik hangat d kalangan penduduk d sini.

Akibatnya, ramai penduduk tanpa mengenal usia dan keturunanh mengalami demam, batuk dan selsema. Tidak kurang juga yg terkena serangan sakit asma. Kegusaran penduduk d Kuching semakin bertambah apabila penyakit selsema babi semakin menular. Baru2 ini sebuah sekolah menengah berasraama penuh d berdekatan dgn Tn Malihah telah d arah tutup utk sementara kerana terdapat kes selsema babi positif d sekolah berkenaan. Ramai d kalangan penduduk khuatir jika penyakit ini gagal d kawal dgn cepat, semakin ramai penduduk akan terkena jangkitan penyakit ini.

Sebagai rakyat Malaysia yg perihatin dan bertanggungjawab, kita hendaklah sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat dan bewrsih. Pastikan kita sentiasa dlm keadaan bersih semasa makan atau sebaliknya. Rumah, pejabat atau kawasan persekitaran kita hendaklah d jaga dgn bersih. Elakkan dari berada d tpt2 awam lebih2 lagi jika ianya merupakan tumpuan pelancong asing. jika terpaksa, gunakan topeng/penutup mulut apabila berada d tpt awam. Buat pemeriksaan doktor jika kita berasa kurang sihat. Bertindaklah dgn cepat sebelum terlambat.

Saturday, July 18, 2009

minta ampun minta maaf banyak2....

Ermmm...rasanya dh lama dh tak update blog ni. Bukan nhya aper...tp agak terlalu sibuk dgn kerja2 pejabat dan menjalankan tugas rasmi berkaitan dgn silat. jadi saya mohon jutaan ampun dan maaf dari rakan2 bloggers semua dan insyaallah sedikit masa lagi saya akan menegtuk pintu blog anda...tungguuuuu......

Baru2 ni, pada 13-17 julai, Pertandingan Silat MSSM peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Dewan Besar, SM Teknik Sejingkat, Kuching. Jadi, saya telah diminta untuk membantu menyiapkan pasukan silat Bahagian Kuching. Dengan bantuan beberapa orang guru dan jurulatih silat, alhamdulillah, pasukan silat Bahagian Kuching telah menjadi juara keseluruhan pertandingan ini buat kali ketiga berturut-turut. Kita telah menyertai 6 kategori silat olahraga lelaki/perempuan dan 10 kategori silat seni lelaki perempuan. Kejayaan pasukan silat Bahagian Kuching adalah seperti berikut;
1. Silat olahraga Putera kategori 1 : Mahathir Bin Zulkipli (Emas)
2. Silat olahraga Putera Kategori 2 : Mohd Nor Bin Ahmad (Emas)
3. Silat olahraga Puteri Kategori 1 : Nur Syahidah Bt Madehi (perak)
4. Silat olahraga Puteri kategori 2 : Adiba Bt Junaidi (gangsa)
5. Silat olahraga Puteri kategori 3 : Christiffany ak James (Gangsa)
6. Seni silat tari Sekolah menengah putera : Mohd firdaus Bin Rahmat (Emas)
7. Seni silat tari sekolah menengah puteri : Nia Natasha BT Amir Mahmud (Emas)
8. Seni silat tari sekolah rendah putera : Mohd Samren Bin Hussen (Emas)
9. Seni silat tari sekolah rendah puteri : Nur Suhaida bt Muliyono (Emas)
10. Seni silat tempur sekolah menengah putera : Izzul Akmal B. Kamal & Mark Anthony
ak fridy (Emas)
11. seni Silat tempur sekolah menengah puteri : Dyg kamariah bt Awg Sahmat & Siti
Nirwana bt Rabani (Emas)
12. Seni silat tempur sekolah rendah putera : Wan Mohd Muazzam b Wan Zainaudin & Wan
Mohd Hafizuddin b wan mohd iskandar (Emas)
13. Seni silat tempur sekolah rendah puteri : Intan Ayu Anisa bt Rafandi & Nazihatul
Athirah bt Azaman (Emas)
14. Jurus Wajib sekolah menengah Putera : Putera Nurfazian b Jolhi, hazriq b
Bojeng & Hazwan b bojeng (Emas)
15. Jurus Bebas Sekolah Menengah Puteri : Zulfaka bt Bujang, Ira Safina bt Abdul
Rahim, Nadia Atiqah bt Supardi, Wan Haslinda bt Wan Jamaluddin (emas)

Setinggi tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan, Cikgu Bujang Awg Jamain; Rakan2 jurulatih yg diketuai oleh Cgu Wan Zainaudin B Wan Junaidi, Cikgu Misrah, Cikgu Nurlyana, Cikgu Peter, Cgu Zamahari, Cgu Roslan, Keram, Cgu Abdul Rahman, Cgu Che Asiah, Cgu Rulidah dan cgu haili kerana telah berjaya membimbing pasukan mencapai kejayaan. Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kpd rakan dari RSS seperti Mohd asri, Siti, Lan, Jefri Denan, Amir Mahmud,Muliyono, Mohd Asfa, Andy, Yazid, Amy Borhan Usup dan lain-lain lagi keran telah banyak membantu melatih pesilat2 bahagian Kuching.

Semoga semua yg terlibat dapat lagi memberi sumbangan dan bantuan kepada semua pesilat seni bahagian kuching yang akan mewakili negeri sarawak pada pertandingan silat mssm peringkat kebangsaan yg akan diadakan di Stadium Titiwangsa pada 2-7 ogos 2009. dengan adanya bantuan anda semua, saya percaya pasukan silat negeri sarawak akan dapat melakar kejaayaan yang lebih terbilang pada tahun ini...insyaallah..amin..

Friday, July 10, 2009

migren...




Rasanya lama dh tak update blog nih..bukannyer aperr..tp sejak dua tiga menjak nih asyik kena migrain jer.. Hampir setiap ari terpaksa makan pain killer, kalau tak..memang tak dpt buat kerja..

Puas dh g klinik tp masih gak camtu.. kalo ada member2 kat luar sana yg ada petua tradisional yg boleh diamalkan, leh juager saya mencuba nyer..

Sunday, July 5, 2009

Model koboi "lun bawang"....


















































Semalam puteri kesayanganku "berambeh" sekejap di rumah ku. Seronok nyer tengok puteri dah membesar. Usia nyer kini dh lebih 3 bulan. Tengah boring2 kat rumah, so mrs kelebar bawaklah puteri jd model topi lun bawang yg Ivy bagi tuh.. cheeeehhh...boleh tahan juger model tak bertauliah nih...

Friday, July 3, 2009

TQ Ivy..for your kindness...

A gift from a dear friend whom I haven't meet yet...








Sebelom tok kmk pernah madah dgn Ivy ttg how beutiful traditional hat yg di pakei daddy nya dolok. Jd dgn perasaan yg cukup muhibbah dn xpemalu, alu lah coba2 mintak sigek mun nya mok lah...n tanpa disangka, yesterday alu lah dikirumnya topi ya ngan kmk. About kul 8.17pm kmk k bus station d batu 4 and claim my gift at the counter. I was so excited but have to wait till I reach home.
Bila sampei jak d rumah, terus I buka kotak ya and there it is, the most beautiful hat that I've ever could imagine. Made of nature, moulded so fine with great art..the "lunbawang hat" is just great. Alu lah mrs kelebar berposing ngan topi ya tek. nang best. Tq very much to you miss Ivy. Hanya tuhan yg dpt membalas kebaikkan ktk. Well, if you ever drop by (kuching), do give us a call and we'll set a surprise (in return) for you. By the way, the hat fits me...

Thursday, July 2, 2009

DAP tunjuk belang?...atau...PAS tunjuk kuasa?...

Apa dah jadi dgn hubungan intim pakatan rakyat di Kedah? Kalau isu tpt menyembelih babi pon dh leh wat mereka kalut, bayangkan kalo isu lebih besar melanda. Tup..tup..mungkin tutup kedai... Saya hrp rakyat sedar dan dpt membeza antara "pemimpin" dan "mcm pemimpin"....

DAP keluar pakatan


-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah


ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini.

“Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini.

“Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan.

“Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini.

“Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.