CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 29, 2009

Pelatih PLKN bergaduh...apa dah jadi...

saya agak terkejut bila terbaca ttg pergaduhan yg melibatkan pelatih PLKN di salah sebuah kem di negara kita. Apa dah jadi? sepatutnya pelatih2 ni bergaul dgn penuh muhibbah sesama mereka tanpa mengira kaum dan agama namun sebaliknya telah berlaku. pihak pengurusan tertinggi PLKN patut membuat bedah siasat ttg kejadian ini agar perkara ini tidak akan berulang lagi.. Petikan di bawah ini dipetik dari The Borneo post online.


Main Page » Home » Local »
Monday, June 29th, 2009

17 NS trainees arrested for fighting at camp

PEKAN: Police have detained 17 male National Service trainees of the Chini camp here to aid investigation after four of them were injured in a fight which had started between two trainees.

Pekan police chief Supt Yahaya Othman said the injured trainees were given out-patient treatment at the Pekan Hospital following the incident which happened at 8pm Saturday.

He said two trainees aged 17 and 18 had started to quarrel when gathering at an assembly organised by the camp management.

“They started shoving one another and other trainees joined in,” he said when contacted yesterday.

They exchanged blows and four of them were slightly injured in the head and arms, he said.

Yahaya said the NS instructors on duty stopped the fight and gathered all the trainees at a field to prevent more of them from getting involved and to treat the injured.

“The fight is a serious incident and the police had to detain all those involved to find out the cause of it,” he said.

— Bernama

_______________________________________________________

Apa komen anda?..........

Wajah-wajah juara....

kamek gik hepi nanggar anak didik ku dan meranek berjaya semasa Karnival Seni Silat Peringkat Bahagaian Kuching pada 23-26 Jun 2009 di SMK SHOAW.




Gambar di atas ialah mbiak SK Petra Jaya - Johan Keseluruhan Peringkat Sekolah Rendah.
(dari kiri- nur aina #3 solo puteri, amirul syafiq #2 solo putera, wan mohd muazzam n wan mohd hafizuddin #1 tempur putera)





Gambar di atas pula ialah pesilat2 dari SMK Matang Hilir. Johan keseluruhan bagi kategori sekolah menengah.

Semoga semua anak2ku akan lebih berjaya pada pertandingan peringakat negeri Sarawak pada 13-17 Julai kelak...amin....

Friday, June 26, 2009

Siapa biadap???

Alhamdulillah, pertandingan silat antara sekolah2 menengah dan rendah telah melabuh tirai pada petang tadi. tahniah diucapkan kepada semua pemenang untuk setiap kategori. Ternyata kerja keras dan usahan anda telah membuahkan kejayaan. bagi mereka yang tidak berjaya, jangan berputus-asa dan cuba lagi pada tahun depan.

Pada pertandingan kali ini, para peserta yang bernaung di bawah perguruan Silat Helang Putih perkasa ternaya mengungguli setiap kategori terutamanya kategori seni iaitu 6 emas (solo lelaki/perempuan sr/sm, silat tempu lelaki sr/sm)). Mereka hanya terlepas pingat emas untuk kategori jurus wajib lelaki sekolah menengah, jurus bebas perempuan sekolah menengah, silat tempur perempuan sekolah rendah dan menengah. Namun demikian prestasi mereka pada kali ini sangat memuaskan. Dalam kategori silat olahraga, penguasaan agak seimbang (pesilat dr perguruan warisan 1 emas (P. II), Asli Cimandei 2 emas (L. I, P. I), 4 serangkai 1 emas (L. II) dan Helang Putih Perkasa 2 emas (L. III, P. III). setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pesilat SMK Matang Hilir kerana menjadi juara keseluruhan peringkat sekolah menengah. Juga tahniah kepada para pesilat Sekolah Kebangsaan Petra Jaya keran menjadi juara keseluruhan peringkat sekolah rendah.

Namun keceriaan pertandingan telah dicemari pada majlis penutupan petang tadi. Majlis tersebut sepatutnya ditutup rasmi oleh Pegawai Pelajaran daerah Kuching iaitu En Beduie Une. Namun apabila majlis bermula, keadaan dlm dewan agak bising sedikit. semasa pagawai tersebut sedang berucap, tiba2 saja beliau telah menghempas mikrofon ke lantai. Ramai dikalangan tetamu dan pononton terkejut. Adakah disebabkan perkataan "amin" yg disebut oleh salah seorang murid dlm dewan yg menyebabkan beliau sgt marah atau sebaliknya, wallahu'alam.

Bayangkan, ramai dikalangan tetamu yg hadir bukan saja dihadiri oleh guru dan murid2 sekolah bahkan turut disertai oleh ibu bapa dan nenek datuk murid yg menyertai silat. ramai dikalangan mereka sangat tersinggung dengan perbuatan pegawai tersebut dan menganggap ianya adalah satu perbuatan yg biadap. Mereka berkata bahawa seorang pegawai kerajaan yg berjawatan tinggi seharusnya menunjukkan sikap yg lebih sopan dan menghormati tetamu yg hadir dan sepatutnya bersyukur dgn sokongan mereka.

saya pun tak tahu nak cakap apa...ada juga pegawai lain memberitahu bahawa insiden ini berlaku kerana ada segelintir murid tidak menghormati majlis. Namun bagi saya, perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku. Ada seorang bapa murid sgt marah dgn perbuatan pegawai pelajaran tersebut dengan menyifatkannya sebagai biadap dan tidak menghormati tatasusila majlis lebih2 lagi yang nberkaitan dengan silat. bayangkan kalau orang seperti ini menjadi pemipin negara...

Well...siapa biadap???...tepuk dada tanya selera.....

Saturday, June 20, 2009

Jumpa di sana..di sana..di sana......







Pada 23 hingga 26 Jun akan datang, satu pertandingan silat antara sekolah2 rendah dan menengah peringkat bahagian Kuching akan diadakan di SMK SHOAW (jln Matang) Kuching. Pelbagai kategori pertandingan seperti seni tari silat lelaki/perempuan (menengah/rendah), silat tempur lelaki/perempuan, jurus bebas (perempuan), jurus wajib (lelaki) dan silat olahraga akan dipertandingkan.






Kepada semua penggiat dan pengemar seni silat, inilah peluang utk kita menyaksi kebolehan anak2 muda kita bersilat. Saya juga akan turut berada di sana d sepanjang pertandingan tersebut. Saya harap ada d antara rakan2 bloggers yg kebetulan berada berdekatan dgn venue pertandingan utk singgah sebentar dan mungkin kita dpt berjumpa secara "live" d sana nanti....






Jumpa di sana..di sana..di sana.............

Monday, June 15, 2009

Pertandingan Silat Tertutup Kuching, Sarawak

Pada hujung minggu lepas (13 & 14 Jun) telah berlangsung pertandingan silat antara perguruan silat di Kuching. Antaranya ialah perguruan Silat Helang Putih Perkasa, Asli Cimandei, Warisan Melayu, Betawi, Hailam Laut, 4 Serangkai, dan byk lagi. Beberapa kategori pertandingan telah diadakan spt silat olahraga mengikut kelas berat badan, jurus wajib (regu) dan seni tari silat (tunggal, bebas, ganda).

Antara perguruan yg menarik perhatian ialah pasukan dari Persilatan Asli Cimandei. Kehadiran mereka kali ini begitu bergaya lengkap dgn pakaian track, bendera pasukan, pot mineral dan lain2. Boleh dikatakan pasukan ini antara yg teratur pengurusannya. Syabas diucapkan kpd pengurusan pasukan ini.

Namun demikian, beberapa pasukan lain turut memberi saingan yg sengit. Antara yg begitu jelas ialah pasukan dari Perguruan Silat Helang Putih Perkasa. Walaupun hanya menurunkan 6 pesilat silat olahraga, namun kejayaan mereka memenangi 4 tpt pertama dan 2 tpt kedua adalah satu pencapaian yg sgt membanggakan. Tahniah diucapkan kpd ketua jurulatih mereka iaitu saudara Mozy dgn dibantu oleh saudara Amy Borhan.

Secara keseluruhannya, terdapat byk kelemahan yg perlu dibaiki oleh semua pasukan yg menyertai pertandingan ini memandangkan pesilat2 yg terpilih bakal bersaing bagi merebut tpt utk mewakili Sarawak utk pertandingan silat SUKMA tahun depan.

Penganjuran pertandingan ini juga mempunyai byk kelemahannya yg perlu diperbaiki agar pengurusan pertandingan seumpama ini pd tahun depan dpt diuruskan dgn lebih licin lagi. Namun, penghargaan patut diberikan kepada Cikgu Amir mahmud dan isteri beliau (Cikgu Misrah) kerana telah memberi komitmen yg sgt tinggi dlm menguruskan pertandingan ini dgn jayanya. saya percaya, tanpa 2 individu ini, sudah pasti "Kuching Close" pd tahun ini akan gagal.
Sekali tahniah kpd mereka.

Tidak dilupai barisan wasit dan juri yg bertugas bertungkus lumus agar pengadilan pertandingan ini dpt dijlnkn dgn sebaik dan setekus yg boleh. Tahniah kpd anda semua..tanpa mengira masa atau wang ringgit..

Saya berharap satu "post-mortem" dpt djlnkn segera bagi mengenalpasti punca kelemahan serta kekuatan penganjuran pd kali ini. Begitu juga dgn pengurusan yg akan mengurus pasukan silat Bahagian Kuching dpt dibarisi oleh mereka yg benar2 bertanggungjawab dan sedia berkhidmat demi memartabatkan silat sarawak. Semoga semua pesilat Bahagian Kuching akan mencapai kejayaan yg lebih membanggakan pd tahun ini pada pertandingan yg seterusnya.

Thursday, June 11, 2009

Mari berkaraoke...lalalalaaaa...

Well folks, cheer-up and lets rock...I mean the "kelebar way" la.....hehehehe... So enjoy....


Masih ingat waktu bujang dulu, masa orang kawen kat kpg mesti ada majlis org "bertandak" and "bermukun".

"Main tapuk-tapuk" maksud nyer main sembunyi2...waktu kecik dulu suker main nih.. Tukang cari akan hitung sampai 10 and geng2 lain akan sembunyi kat maner. Dlm semak ler, lam tandas ker.. yg penting si pencari susah nak dpt kiter...heeeee...sonok nyer waktu itu...

I also love hard rock music. One of my all time favourite is "I was made for loving you" by the "KISS". Their compasionate music really turn me on..

"Smoke on the water" by "Deep Purple" really hit me like mad..at least musically not the real me..The music is so cool that some feared it could give bad influnce to their followers..but not me..I just love the music..

Well, thats all folk. Hope you enjoy the music even some might not though..

Entri kali agak len siket..kan nya aper..saya waktu nih gak tension sket dgn keje kat opis tuh.. tp sukurlah line tenet dh ok kembali...sekali lagi, enjoy the music..k.. the first two songs tuh dlm bahasa kedayan brunei, so sori ler cos saya tak dpt nak translate kan but the music is nice.

Wednesday, June 10, 2009

Cakap siang pandang2 cakap malam dengar2..

Saya rasa kita semua sudah sedia maklum bahawa masyarakat kita kini bukan saja mendapat input ttg perkembangan politik dari media aliran perdana atau sebaliknya krn byk laman web yang diusahakan oleh para blogger menyediakan byk laporan, pendedahan, penerangan, dakwaan, penafian dan apa saja yg berkaitan dgn politik.

Tidak kira samada bloggers ini menyokong pihak kerajaan atau pembangkang, kehadiran mereka ternyata memberi impak terhadap senario politik kini. Kita sememangnya sudah sedia maklum bahawa kebanyakkan makluman yg dihidangkan kepada kita melalui media perdana ini sudah ditapis penerbitannya, mungkin bagi menjaga sensitiviti masyarakat yg tinggal di negara kita. Kita juga tidak boleh menafikan hanya maklumat yg memberi "advantage" pada kumpulan tertentu saja akan disiarkan. Samada pihak BN atau PR, peranan kumpulan media kawalan mereka adalah bagi menjaga kepentingan masing-masing demi survival mereka dlm industri ini.

Jadi, bagi rakyat utk mendpt maklumat tertentu dan sensasi mengenai mana2 pihak, maka laman2 blog kelolaan bloggers inilah yg menjadi medan pertempuran fakta dan maklumat mengenai kumpulan2 tersebut. Samada pembaca menerima atau menolak info tersebut, terpulanglah kpd kebijaksanaan para pembaca utk menentukannya.

Namun apa yg saya kesali ialah penggunaan bahasa yg kesat dan lucah dlm menyampaikan maklumat oleh para bloggers. Memang tidak semua bloggers berbuat sedemikian namun bak kata pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Kemurnian bloggers utk memberi info tambahan pasti akan tercemar oleh bloggers sedemikian lebih2 lagi jika diiringi dgn unsur fitnah. Akibatnya ialah masyarakat akan mula meragui maklumat yg disampaikan dan matlamat blog2 ini sebagai wadah alternatif pasti akan tercemar. Bahkan, perselisihan faham antara kumpulan tertentu lebih2 lagi jika berlainan bangsa pasti akan berlaku dan ini akan menimbulkan suasana tegang dlm negara kita.

Persoalannya kini ialah, adakah kita mahu kebebasan kita utk berjuang melalui blog dikecam oleh masyarakat serta mungkin diharamkan terus oleh pentadbiran negara? Saya percaya mana2 pihak yg memerintah negara pasti akan menyekat mana2 blog yg boleh menyebabkan kepentingan keselamatan negara tergugat.

Oleh itu, saya menyeru semua rakan bloggers supaya menghormati tatasusila kita semasa menyampaikan info atau luahan hati kita. Gunakanlah bahasa yg sesuai dan lebih sopan. Walau seteruk mana kebencian kita terhadap mana2 individu, kumpulan, parti politik, kaum atau agama, kita kena mengawal cara penyampaian kita agar keharmonian dan perpaduan kaum tidak terjejas. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tidak bertabur rambut tidak putus.

Monday, June 8, 2009

gerrrrrrrrraaaaaammmmmmmmmmmmmmmm...

Nape ler dgn tenet nih...asyik "page load error" jerrrr....grrrrrrrrrr.....

Sunday, June 7, 2009

Rumpun Silat Sarawak - siri 1

Rumpun Silat Sarawak merupakan satu wadah bagi penggiat seni mempertahankan diri di sarawak untuk berhimpun dalam satu kesatuan bagi memakmurkan dan memperkasakan seni bela diri melayu di Sarawak.
Semalam telah berlangsungnya Sidang Agung ke-10 Rumpun Silat Sarawak yang mana telah diadakan di bangunan Ibu Pejabat Rumpun Silat Sarawak di Batu Kawa, Kuching. Lebih kurang 50 perwakilan dari seluruh negeri Sarawak dan Exco tertinggi RSS telah menghadiri sidang agung tersebut.
Sidang agung tersebut telah berjalan dengan sempurna, penuh dengan adab susila pendekar sejati. Semua resolusi dan usul telah dibincangkan dengan penuh adab walaupun terdapat beberapa kerisauan para perwakilan tentang halatuju RSS. namun dengan kebijaksanaan setiausaha Agung RSS iaitu Tn Hj Muhd Haneef Ali, setiap persoalan dapat dijelaskan dengan baik.
Presiden RSS, Ybhgia Datuk Wan Ali Tuanku Yubi mengharapkan agar semua perwakilan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan lagi martabat seni silat melayu di Bumi Kenyalang. Beliau menyeru agar semua perwakilan bersatu padu dan bekerjasama dengan penuh muhibbah agar tidak berlakunya persengketaan dan perpecahan dalam RSS.
Boleh dikatakan bahawa semua perwakilan menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan AJK Tertinggi RSS.
Saya harap, RSS dapat melakukan sesuatu yang lebih praktikal bagi mengembalikan kegemilangan persilatan anak jati Bumi Kenyalang dalam mana-mana pertandingan silat samada di peringkat SUKMA atau kebangsaan. semoga kita dapat melihat lebih ramai anak Sarawak menjadi juara dunia dalam pertandingan silat peringkat antarabangsa.
Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi memikirkan strategi dan perincian pembangunan silat negeri agar setanding dengan rakan2 dari negeri lain. Jawatankuasa ini perlu disertai oleh beberapa pakar seni silat dan ahli fikir dikalangan profesional agar mereka dapat merencanakan kebangkitan seni silat negeri.
Semoga perkembangan silat negeri Sarawak akan terus maju dan mampu bersaing dengan rakan2 dari negeri lain..insyaallah..

Thursday, June 4, 2009

Perpaduan Kaum






Negara telah merdeka lebih setengah abad. Dalam proses memajukan negara kita, pelbagai rintangan dan cubaan untuk menggagalkan usaha pemimpin2 kita pada masa tersebut sehingga ada di kalangan negara jiran kita cuba untuk meracuni pemikiran rakyat melalui beberapa siri pencerobohan yang lebih dikenali oleh pejuang masa lalu sebagai "era konfrantasi". Namun kegigihan, ketabahan dan kesabaran pemimpin kita denga sokongan padu dari rakyat kita berjaya mengharungi kegetiran tersebut tapi malangnya peristiwa berdarah 13 Mei begitu mengganggu keamanan dan perpaduan rakyat majmuk di negara kita pada masa itu.

Kerakusan serta kegilaan akan kuasa politik menyebabkan beberapa pemimpin dan parti politik memainkan sentiman perkauman dan agama bagi mengaut keuntungan diri tanpa menghiraukan perpaduan rakyat. Apabila parti kerajaan hanya berjaya memenangi pilihanraya dengan majoriti yang sangat tipis, maka suara-suara derhaka berkumandang dengan angkuh mencerca dan menghina kedaulatan raja dan sultan melayu serta memandang rendah akan ketuanan melayu pada masa itu. Dengan keangkuhan yang sangat tinggi dan ditambah pula dengan kebodohan segelintir pemimpin melayu yang korup, maka terjadilah pertumpahan darah anatara melayu dan cina yang mana kesudahannya telah pun kita ketahui.

Adakah kita mahu perkara seumpama itu berulang kembali? Semestinya kita bermohon kepada Allah supaya dijauhi petaka seperti itu berulang kembali. Mengapakah ada segelintir daripada pemimpin yang memimpin parti politik tertentu begitu berani bermain dengan sentimen kaum dan agama? Mengapakah sudah ada beberapa pertubuhan agama berani menentang kedaulatan bangsa kita? Adakah kita yang memberi ruang kepada petualang ini untuk bermaharajalela? Adakah kita ingin melihat pertumpahan darah mewarnai sejarah kita sekali lagi?

Saya menyeru agar semua rakyat malaysia yang waras agar menjaga perpaduan kaum tanpa mengira agama atau fahaman politik. Janganlah terlalu ghairah untuk berkuasa sehingga kita lupa akan masa depan rakyat yang sepatutnya mendapat pembelaan dari pemimpin yang disayangi. Semoga pengajaran lampau dapat membimbing kita mengelak dari membuat kesilapan.