CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 4, 2009

Perpaduan Kaum






Negara telah merdeka lebih setengah abad. Dalam proses memajukan negara kita, pelbagai rintangan dan cubaan untuk menggagalkan usaha pemimpin2 kita pada masa tersebut sehingga ada di kalangan negara jiran kita cuba untuk meracuni pemikiran rakyat melalui beberapa siri pencerobohan yang lebih dikenali oleh pejuang masa lalu sebagai "era konfrantasi". Namun kegigihan, ketabahan dan kesabaran pemimpin kita denga sokongan padu dari rakyat kita berjaya mengharungi kegetiran tersebut tapi malangnya peristiwa berdarah 13 Mei begitu mengganggu keamanan dan perpaduan rakyat majmuk di negara kita pada masa itu.

Kerakusan serta kegilaan akan kuasa politik menyebabkan beberapa pemimpin dan parti politik memainkan sentiman perkauman dan agama bagi mengaut keuntungan diri tanpa menghiraukan perpaduan rakyat. Apabila parti kerajaan hanya berjaya memenangi pilihanraya dengan majoriti yang sangat tipis, maka suara-suara derhaka berkumandang dengan angkuh mencerca dan menghina kedaulatan raja dan sultan melayu serta memandang rendah akan ketuanan melayu pada masa itu. Dengan keangkuhan yang sangat tinggi dan ditambah pula dengan kebodohan segelintir pemimpin melayu yang korup, maka terjadilah pertumpahan darah anatara melayu dan cina yang mana kesudahannya telah pun kita ketahui.

Adakah kita mahu perkara seumpama itu berulang kembali? Semestinya kita bermohon kepada Allah supaya dijauhi petaka seperti itu berulang kembali. Mengapakah ada segelintir daripada pemimpin yang memimpin parti politik tertentu begitu berani bermain dengan sentimen kaum dan agama? Mengapakah sudah ada beberapa pertubuhan agama berani menentang kedaulatan bangsa kita? Adakah kita yang memberi ruang kepada petualang ini untuk bermaharajalela? Adakah kita ingin melihat pertumpahan darah mewarnai sejarah kita sekali lagi?

Saya menyeru agar semua rakyat malaysia yang waras agar menjaga perpaduan kaum tanpa mengira agama atau fahaman politik. Janganlah terlalu ghairah untuk berkuasa sehingga kita lupa akan masa depan rakyat yang sepatutnya mendapat pembelaan dari pemimpin yang disayangi. Semoga pengajaran lampau dapat membimbing kita mengelak dari membuat kesilapan.

5 comments:

mrakunman said...

Untuk melihat dan menyaksikan perpaduan kaum, saudara saudari kita di Semanjung, cobalah jengok kita-kita di Malaysia Timur ini

naurah makwa said...

skang ni semua nya gila ngan kuasa memimpin..kita yang di bawah ni menjadi mangsa kerasan mereka..

MariaFaizal said...

I'm not supporting any political party. But I do know that I despise (hatred at the highest level) Monarchy. I strongly believe the Rajas/Sultans don't do any good and a complete waste of tax payers monies($$$)!

In most countries (eg the U.K)the royalty consists of ONE manageable 'group' and used as tourism 'tool' to attract more tourists. In our Bolehland, how many Sultans/Rajas/Yg Dipertua that use people's money as 'income' for their 'royalty' status?

As we all know,the royalties (most or majority) are not the smartest or most hardworking human beings known :(

atty's said...

sekrg pemimpin penting kan diri sendiri. yo..

Kelebar Malam said...

mrakunman,
salam persahabatan. pokok pangkalnya ialah nawaitu kita dalam membuat apa jua perkara.

naurah makwa,
sebab itulah kita kena pilih pemimpin yang benar2 jujur dan ikhlas untuk berkhidmat dan pemilihan tersebut hendaklah dibuat di peringkat akar umbi lagi..

MariaFaizal,
I shared ur feelin eventhough we far apart but then the co-existence of our strenght and unity lies behind the legendary obedience concept upon our highest leader (rajas or sultans) that has been practised since our forefather. whether their existence make sense or not, yet we could not run from the "legendary concept of obedint".

As for us who live in Sarawak especially, we don't have the luxury of having any sultans or rajas except the so called "the white rajah" many years ago. Our obedient is simply based on the leadership of the current CM of the state and those in the cabinet. To oppose or not the existence of "parlimentary monarch concept" is not for us to judge at the moment especially considering the current political turmoil in our country.

But then, sooner or later, people will question whether there is a need to have the monarchy system to exist in our system.

i hope the government will look into this matter serously and try to give tthose rajas or sultans some real task to handle...or else...

atty's,
tu lah pasal...masa pilihanraya bkn main lagi tabur janji sana-sini, bersumpah akan buat kerja dgn jujur konon, tp dh dpt jawatan...abuk pun tarak...tp tak semuanya camtu..kan..kan..kan...?