CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 10, 2009

Cakap siang pandang2 cakap malam dengar2..

Saya rasa kita semua sudah sedia maklum bahawa masyarakat kita kini bukan saja mendapat input ttg perkembangan politik dari media aliran perdana atau sebaliknya krn byk laman web yang diusahakan oleh para blogger menyediakan byk laporan, pendedahan, penerangan, dakwaan, penafian dan apa saja yg berkaitan dgn politik.

Tidak kira samada bloggers ini menyokong pihak kerajaan atau pembangkang, kehadiran mereka ternyata memberi impak terhadap senario politik kini. Kita sememangnya sudah sedia maklum bahawa kebanyakkan makluman yg dihidangkan kepada kita melalui media perdana ini sudah ditapis penerbitannya, mungkin bagi menjaga sensitiviti masyarakat yg tinggal di negara kita. Kita juga tidak boleh menafikan hanya maklumat yg memberi "advantage" pada kumpulan tertentu saja akan disiarkan. Samada pihak BN atau PR, peranan kumpulan media kawalan mereka adalah bagi menjaga kepentingan masing-masing demi survival mereka dlm industri ini.

Jadi, bagi rakyat utk mendpt maklumat tertentu dan sensasi mengenai mana2 pihak, maka laman2 blog kelolaan bloggers inilah yg menjadi medan pertempuran fakta dan maklumat mengenai kumpulan2 tersebut. Samada pembaca menerima atau menolak info tersebut, terpulanglah kpd kebijaksanaan para pembaca utk menentukannya.

Namun apa yg saya kesali ialah penggunaan bahasa yg kesat dan lucah dlm menyampaikan maklumat oleh para bloggers. Memang tidak semua bloggers berbuat sedemikian namun bak kata pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Kemurnian bloggers utk memberi info tambahan pasti akan tercemar oleh bloggers sedemikian lebih2 lagi jika diiringi dgn unsur fitnah. Akibatnya ialah masyarakat akan mula meragui maklumat yg disampaikan dan matlamat blog2 ini sebagai wadah alternatif pasti akan tercemar. Bahkan, perselisihan faham antara kumpulan tertentu lebih2 lagi jika berlainan bangsa pasti akan berlaku dan ini akan menimbulkan suasana tegang dlm negara kita.

Persoalannya kini ialah, adakah kita mahu kebebasan kita utk berjuang melalui blog dikecam oleh masyarakat serta mungkin diharamkan terus oleh pentadbiran negara? Saya percaya mana2 pihak yg memerintah negara pasti akan menyekat mana2 blog yg boleh menyebabkan kepentingan keselamatan negara tergugat.

Oleh itu, saya menyeru semua rakan bloggers supaya menghormati tatasusila kita semasa menyampaikan info atau luahan hati kita. Gunakanlah bahasa yg sesuai dan lebih sopan. Walau seteruk mana kebencian kita terhadap mana2 individu, kumpulan, parti politik, kaum atau agama, kita kena mengawal cara penyampaian kita agar keharmonian dan perpaduan kaum tidak terjejas. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tidak bertabur rambut tidak putus.

8 comments:

Felicia F. Ramzi said...

betul betul betul..setuju! better bercerita pasal family then..:)

Kelebar Malam said...

Felicia,
heeeee.....cerita pasal family?...heeeeee....ada apa2 ke?

Ms Tikot said...

Benar kata ktk. Kita tok sebagai bloggers, open to public, so bila berkata-kata hendaklah menggunakan ayat yg berhemah nak oh... sebab bagi kmk pun, budi bahasa bermula dari kata2. Yerdeh...hehe.

MariaFaizal said...

Paling tak agree bila some bloggers gunakan blog sbg platform menyebarkan fitnah (x kisah about politicians,artists or etc..).

That's such a sad thing :(

Dee said...

ye..berhemahlah dan berbudi bahasa ketika berblogging..

am-rie said...

yup..setuju..kena kawal skit penggunaan bahasa ya..
Cakap siang pandang2 cakap malam dengar2..cakap thari jeling2..hehe..

Kelebar Malam said...

Ms Tikot,
tul ya.. bahasa cermin bangsa..

Maria Faizal,
setuju tu..memfitnah adalahsatu perbuatan yg tidak boleh dimaafkan..

Dee,
pandu cermat jiwa selamat...heeee..

am-rie,
ada2 jak ktk...heee... jgn kita ekot perangei burok urg lain. yg penting kita mesti jaga tatasusila bila berblog...

Gadis Reformasi said...

saalam perjuangan.thank you for being my follower