CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 28, 2008

Berik malu BN jak...

Kita selalu dgr kerajaan madah agar rakyat selalu mengamalkan budaya yang baik2 spt bekerjasama, hormat-menghormati, amanah dan byk gik. Aku sampei lejuk dgr teguran2 ttg amalan nilai murni tok bait dlm radio, tv, or media cetak.

Samada kita sedar or nisik, setiap kali pemilihan parti terutamanya parti teresar dlm kerajaan, maka selalulah kita dgr laporan ttg rasuah, ugutan dan byk lagi. Heran juak aku nanggar cdak tok. Bayang jak, cdaknya sanggup berabis duit pakei beli undi cdak ahli agar terpilih untuk jawatan tertentu dlm parti, sanggup ngantar sms berupa ugutan kpd org yg sikmok nyokong daknya dan memfitnah lawan yg bersaing jawatan yg sama...adakah org mcm tok layak jd pemimpin negara kita?????

Mun org lain, bila ditangkap molah rasuah, terus kes ya di serah dgn BPR dan silap ari bulan masuk jel. Tp mun cdaknya molah rasuah dan didapati bersalah oleh parti daknya, cdaknya hanya dikenakan tindakan disiplin oleh parti jak. Nok mcm toklah rakyat sik suka. Amalan "double-standard" mcm tok nang selalu dilakukan oleh cdak parti pemerintah terbesar tok. Perbuatan cdaknya nang benar-benar berik malu BN. Cdak tok..mun nganok org lain bukan main lebih tp cdaknya lagik lah teruk. Mun kerajaan mok rakyat terus memberi sokongan dgn daknya, amalan mcm tok mestilah dihapuskan. Mun ada dikalangan ahli parti molah kerja salah walaupun di peringkat parti cdaknya, kes2 mcm ya mestilah diserah kpd pihak berkuasa spt BPR atau Polis untuk diambil tindakan. Mun salaj..jail ajak daknya. Baruk lah rakyat salute dgn kerajaan.

Friday, October 24, 2008

Budaya Melayu Baru..??? Tutup Mata Pekak Telinga..

Aku rasa dah selalu aku nulis ttg masalah org kita bait di kpg atau di bandar. Aku rasa sgt sedih bila semua masalah yg aku ketengahkan dlm blog tok mcm sikda penghujungnya. Masalah ya dh lamak berlaku dlm masyarakat kita namun sik juak dpt dibendung. Antara masalah ya spt dadah, arak, judi, malas sekolah dan berkelahi. Mun di Malaya mungkin kita boleh madah org Melayu rami dan kuat tp di Sarawak, Melayu adalah kaum minoriti.

Mun kita sik dpt mengubah budaya pemikiran dan tingkahlaku org kita, aku yakin dlm masa terdekat tok kita akan menjadi masyarakat penumpang jak. Kita akan sekoh bercerita ttg kejayaan org lain, kejayaan sejarah silam kita, kejayaan bangsa asing, kejayaan pejuang-pejuang Islam zaman dolok2, dan macam2 sejarah yg boleh dikait dgn kita. Tapi apa guna mun kita setakat berbangga jak tapi dirik kita pun masih mundur..ketinggalan..miskin harta dan ilmu..???

Aku rasa dh tiba masanya kita lebih aggressif membangunkan kaum kita. Cdak YB2 melayu diminta mencuba mencari dana yang banyak dan tubuhkan satu tabung atau yayasan bagi membela serta mendidik nanak bangsa kita. Dgn duit yg ada, kita akan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan org kita dgn ngatur aktiviti akademik, sahsiah dan kerohanian. Mun dapat kita molah satu biro yang lebih kurang macam BIRO TATANEGARA tp konsep kita lebih menumpukan kpd pembangunan bangsa melayu sarawak. Aku percaya YB-YB kita mampun carik dana yang cukup banyak. Kita ada rami bijak pandai yg boleh menguruskan program tok tp jgnlah diambik dikalangan org yg hanya pandei bercakap jak. Check track record org ya dolok. Mun org sebarang jak diambik ngurus program tok, aku rasa objektif program sik akan dpt dicapai.

Bertindaklah dgn cepat. jangan sampei kita berputih mata dan gigit tulang dirik pun nangga org lain jauh lebih maju, mewah dan senang. jangan sampei org madah org Melayu Sarawak tok mempunyai budaya TUTUP MATA PEKAK TELINGA.

Thursday, October 23, 2008

dadah..arak..judi..budaya melayu baru..

Malam tadik aku ngajak member aku kat kpg seberang air. Jam lebih kurang kul 10.20pm. Dalam perjalanan ke rumah member aku ya, ada beberapa buah kpg di lalu aku. Sampei jak aku di rumah member, aku duduk dalam 5 minit dlm kerata aku. Perasaan sedih dan marah bercampur. Rata-rata mbiak bujang yang di tanggar aku melepak di tepi jalan molah berbagai aktiviti yg sik sepatutnya oleh org kita lebih-lebih lagik nok beragama Islam. Ada yang berjudi, minum arak dan ada yang tengah ngisap gam.

Aku rasa perkara tok dah berlaku agak lama, tp apakah tindakan oleh org kpg dan pemimpin setempat? Adakah cdaknya buta atau takut nok negur perangei mbiak kinek tok? Walaupun ada sesetengah mak bapak sik suka anaknya ditegur, tp kita terpaksa molah sesuatu agar perkara tok sik menjadi penyakit bangsa melayu hingga kita seperti hidup segan mati tak mahu.

Tuesday, October 21, 2008

Puteri Santubong Puteri Sejinjang

Orang tua kita dolok marek nang terrer. Belum lahir gik cdak pemimpin negeri kita nek tok, cdaknya dah merik warning dgn kita agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan. Berbagai cara cdaknya nyampei pengajaran tok. Ada dalam bentuk perumpamaan, pantun, seloka, lagu dan banyak lagi. Yang paling aku suka samepi kinek tok ialah lagu Puteri Santubong. Banyak yang boleh kita belajar dari lagu ya. Lebih-lebih lagi kinek tok, cdak menteri, bekas menteri, parti kerajaan, parti pembangkang dan rami lagik nang macam dah sikda kerja lain. Nok beranok jak kerja daknya. Mun macam tok lah gaya, tetak cdak org luar nanggar kita. Jadi hayatilah senikata lagu dibah tok.

Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

Monday, October 20, 2008

Cerita rakyat 2...politik kampung

Tengah aku suk milih ikan fresh dekat sigek kampung tepi laut di Kuching tok, terdengarlah aku komplen sorang hamba Allah tok dengan membernya. Waktu election maerek, bukan main gik YB berjanji nok molah benteng tinggi dari kuala sungaei hingga parit dalam kampung. Tapi sampei kinek tok hari, abok punsik ada. Lalu kawannya madah duit projek ya mungkin dah abis dikikis oleh geng2 cdaknya. Bukan sik biasa dengar YB bebulak, katanya.

Dalam situasi macam tok, peluang cdak pembangkang utk meraih sokongan terhadap daknya semakin cerah. Sepatutnya cdak kerajaan mesti memastikan segala rancangan dan janji semasa berkempen ya ditunaikan. Jangan kita onei nganok dak pembangkang cakap sik serupa bikin tapi sebenarnya cdak BN lah yang selalu macam ya. Tok macam ketam nok ngajar anak berjalan lurus.

Jadi aku arap semua YB kita lebih perihatin tentang keadaan semasa. Jangan banyak cakap sebab "action speak louder than words.

Sunday, October 19, 2008

Kaki Liwat..Kaki Seks..Kaki Bom..macam-macam ada..

???????????????????????kepimpinan pilihan rakyat Malaysia?????????????????????????

TEPUK DADA TANYA SELERA

DAH GAHARU CENDANA PULA

Friday, October 17, 2008

Mbiak makin kurang ajar..

Terkejut aku baca newspaper pagi tek tentang mbiak sekolah mukul cikgu. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah mbiak ya baru berumur 14 tahun. Walaupun sik semua mbiak berperangei macam ya, tp mun disiplin mbiak sekolah sik ditangani dgn bijak, abis cerita kita kelak. Semua pihak bertanggungjawab dlm memastikan generasi muda kita dpt dibentuk menjadi insan kamil. Ibu bapa, guru, dan org ramai mestilah bekerjasama untuk mendidik anak-anak kita supaya cdaknya selamat di dunia dan di akhirat.

Malas aku nok cerita banyak. Gik ngeredak hati aku ngenang pasal ya...

Thursday, October 16, 2008

macam sikda orang lain..

Tauk kenak org sik suka dgn certain pemimpin kerajaan. Merik malu dirik pun. Macam kisah nok dudi tok tek. Antara sebabnya ialah daknya suka molah perkara nok sikberfaedah. kadang-kadang molah kerja bodo. Ada ka patut, tambi nok sik tauk hujung pangkal negara kita diberi gelaran "datuk". Mun enggak ngeso sikit ttg Malaysia dlm filemnya, aku rasa sik juak pemos Malaysia oleh tambi ya.

Aku tertarik dgn sigek artikel dlm Utusan Malaysia dua tiga ari ya tek. Penulis ya mempersoal kerajan sebuah negeri di malaya berkenaan keputusan daknya nok berik gelaran "DatuK" kpd saruk kan. Banyak gik org lain yang lebih besar pengorbanan dan sumbangannya kpd Malaysia patut di berik "DATUK" macam dak askar nok ngikut program pengaman PBB di ASIA Timur.

Kenaklah bodo gilak merik dgn org yg sik layak mcm ya. Mun gila gilak nok merik title "Datuk" dgn org, beri jak gelaran ya dgn dak sondal, pengedar dadah or penjenayah kolar putih yang aku rasa lebih banyak menjadikan negara kita terkenal di seluruh dunia. Paloi..patut juak rakyat bosan dgn daknya. Aku harap, kita di Sarawak tok sik sebodo cdak ya,

Sunday, October 12, 2008

cerita rakyat..loan sik appruf..

Bini : Bang, raya tok kita pulang kampong mok? Lamak dah kita sik pulang.

Laki : Ney lah dapat. Anak kita berapa orang. Sik muat kancil kita pakei ngembak daknya.

Bini : Maka gaji kitak dah nait. Coba trade-in dgn kereta baru. Saga pun okey juak bah.

Laki : Kelak lah aku nanyak dgn Ah Loi. Dpt sik nya atur loan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ah Loi : Hello kawan, lamak tatak jumpa. Apa macam? Mau tukar keleta kah?

Laki : Itu macam lah Ah Loi. Lu dpt tolong atur loan sama saya? Saya mau trade-in sama Saga lu.

Ah Loi : No problem. Lu kasi saya payslip tiga bulan. Nanti saya atur. Lu ada blacklist lain
tempat?

Laki : Tidak ada. Kalau dapat saya mau cepat. Saya mau pakei kereta itu ini raya punya jam.

Ah Loi : Buleh. Esok saya call lu.

Laki : Terima kasih boss.

_______________________________________________________________________
Bini : Macam ney tek bang?

Laki : Hari tok ada Ah Loi call. Nya madah sik ada masalah.

Bini : Baguslah mun cam ya. Dpt juak kita eksyen sikit makei kereta baru raya tok.

Laki : Aok lah...

Bini : Bang, bunyi telepon kitak ya. Kali Ah Loi call.

Laki : Hello.

Ah Loi : Hello kawan. Lu punya loan tidak dpt masuk ma. Lu ada blacklist sama kad kledit.
Manyak soli sama lu.

Laki : Tidak apa. Thank you.

Bini : Apa kata Ah Loi tek bang?

Laki : Sik dapat. Abang ada blacklist dgn kad kredit.

Bini : Ya lah kitak. Kad kredit dua tiga igek. Makei maok. Bayar sik maok.

Laki : Nya lah ya. Aku juak yang salah. Gelang ngan rantai kapal di geruk kau ya, kad kredit aku
juak pakei bayar nya..

--Tamat--

Camney? Pernah dgr cerita yang lebih kurang sama macam tok? Jadi berhati-hatilah bila makei kad kredit. Jgn terembak-embak dgn hawa nafsu. Bila utang dah bertimbun, bukan senang nok bayar.

Friday, October 10, 2008

Bapak segala bapak..

Bila kita nanggar kewibawaan seseorang pemimpin, sememangnya lain. Setiap sorang ada ciri-ciri dirik pun yang akan dikenang oleh rakyat. Bila aku ngenang Pak Lah, o tedah, sik tauk aku apa nok dikenang. Mungkin pada awalnya boleh diberik title Bapak Anti-Rasuah, but then akhir-akhir tok sik berapa gilak dah. Sik nampak apa nok aku kenang tentang orang tua tok. Ada kawan aku madah, nya tok boleh dikenang sebagai Bapa Harga Nait. Aku pun sik pandei nok madah. Apa-apa pun, aku harap Pak Lah sik kecik ati dgn sikap rakyat terhadapnya lately. Bukannya apa, bila org dah terdesak, apa nok bagus polah kita dah sik nampak agik. Nok silap kita nok dikit ya dikenang org sampei mati.

Thursday, October 9, 2008

Amalan Rumah Terbuka

Musim marek-marek, orang berjalan raya sik ngira siang malam. Abis sigek kampung di nait. Tapi kinek tok, semuanya dah berubah. Rumah nok di pergi main pilih-pilih. Mun orang rumah ya sik kalak pergi rumah si polan, kira bye-bye jak lah rumah ya. Kinek tok orang main berbalas-balas. Konsep "Mun kau pergi rumah aku, baruklah aku pergi rumah kau" dah menjadi trend org kinek tok.

Tp sik juak kita dpt nok nyalah member kita mun nya sik pergi rmh kita. Mungkin masanya pergi rmh kita tek, kita sik ada di rumah cos mungkin berjalan raya juak. So, rami org kinek tok molah rumah terbuka semasa hari raya lebih-lebih gik cdak nok berkerja di opis. Cdaknya akan netap ari tertentu utk molah rumah terbuka and cdaknya akan nunggu seharian di rumah agar semua member dpt dtg pd hari ya tek. Lepas semua member dah datang, baruk lah nyaman rasa nyawa nok berjalan raya cos semua member dah datang. Mun ada member lain molah pd ahri yang sama, kinek tok, senang jak, sms jak bila nok ke rumah. Walaupun konsep molah rumah terbuka semakin popular, sik semestinya budaya lama kita sik diikut, hanya bila molah rumah terbuka tok kita dpt meluangkan masa yg secukupnya utk ngintu rumah dan melayan tetamu. Namun camya, ada juak lah pros and cons amalan tok Terpulanglah kpd kita utk menilainya.

Wednesday, October 8, 2008

Selamat tinggal Pak Lah..

Keputusan Pak Lah sik nok defend kerusi Presiden UMNO nang dah dijangka semua org. Tp kesian juak aku nanggar org tua ya. Sik kalak srg Presiden UMNO terpaksa mengundur diri walaupun perjuangan belum lagi tercapai. Bila dah sik jadi Presiden UMNO, tentulah jawatan Perdana Menteri akan diberi dgn org lain. Pada masa tok, Datuk Seri Najib adalah calon utama tp dlm keadaan politik semasa UMNO, sapa-sapa pun boleh merebut jawatan Presiden UMNO yang seterusnya akan menjadikan dirinya Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Setakat tok, Tengku Razali jak yang ada menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Yang lain lom tauk gik. Kadang2 bingung juak aku naangga keadaan tok. Bayang jak mun org yang bakal jadi Presiden UMNO kelak sik berapa jak pemandeinya dlm ngurus pentadbiran negara, seluruh rakyat Malaysia akan merasa impaknya. Heran juak aku nangga UMNO tok. leka sidaknya gago nok berebut jawatan hingga sanggup berik rasuah agar org lain support daknya. Mun dah diperingkat parti cdaknya molah kerja macam tok, aku boleh gerenti, bila megang kuasa kelak, berani gik cdaknya molah kerja si semperna. Mun dah macam tok, macam neylah rakyat nok percaya dgn kerajaan. Masalah macam toklah yang nyuruh BN kalah teruk PRU12 tok tek.

Aku harap, politik kita di Sarawak tok sik kalut macam cdak di sebelah nun. Mun ahli2 politik Sarawak pun berolah macam ya, aku rasa sik mustahil, cdak BARISAN NASIONAL jadi pembangkang kelak.

Macam Tahun Baru Cina Jak (Raya Tahun Tok)...

Budaya kita kinek tok semakin hari semaki berubah. Waktu aku gik kecik marek, asal dekat jak nok raya, gagolah berpolah meriam buluh. Lepas terawih, begautlah main meriam ya tek. Peristiwa nok sik dpt aku lupak ialah waktu bulu mangsu abang aku hangus kenak sambar api meriam buluh.

Kinek tok, budaya main meriam buluh dah semakin berkurangan. Tapi yang aku heran, orang melayu semakin suka ngikut budaya cina. Asal bulan posa jak, selalulah kita nengar bunyi mercun padi, bunga api roket, air bomb dan macam2 gik dimain oleh mbiak kita. Bila tiba Hari Raya eve, letam-letum bunyi mercun ditunok pada pukul 12 tgh malam nanda esok hari raya. Tahun tok tek, keadaannya agak luar biasa. Pada ambang hari raya, aku rasa macam tahun baru cina jak. Ney ndaknya, bunyi mercun bersambung-sambung macam tahun baru cina. Apa dah jadi. Dari duit dibazir dgn mercun, bagus gik di simpan pakei meli makanan kah, or dilabur dalam ASB. kelak kita nganok cina molah bisin, tp kita pun dua kali lima.

Monday, October 6, 2008

Duit raya

Tiap kali hari raya, penin lah palak aku. Imagine jak, anak buah aku byk. Dah jd tradisi keluarga aku, setiap kali pagi raya, anak2 buah akan dtg bersalam dgn aku. Dan biasanya aku akan merik duit raya dgn daknya. Tahun ya tek aku berik RM10 ngan mbiak kecik and nok besarya RM50. Tahun tok tek agak malang nasib aku. Time aku nok pulang raya, kereta aku rusak. Bila dihantar ke kedai, mekanik madah gearbox rosak dan enjin kereta kenak overhaul. Aku pun ikut jak. Bila dah lekak, terkejut juak aku bila nanggar bil. Dekat nok RM2 ribu. Macam2 lah kerosakkan dipadah oleh mekanik ya tek. Maok sik maok bayar jak kos aku perlu kereta pakei pulang kampung.

Jd raya tahun tok siklah berapa byk duit pakei merik dgn cdak nembiak. Bila aku sampei kampung, terkejut juak aku bila dipadah oleh abang aku yg semua anak buah aku ya tek tamat posa. Sikda sorang pun yang sik posa. Nelan air liur aku. Ney ndak nya, tahun ya tek aku janji dgn daknya, mun tamat posa aku merik RM50 sorang. Bayangjak anak buah aku ya semua nya 12 orang. Maok sik maok terpaksa juak aku nunai janji kos aku sik suka mungkir janji. Terbang RM600 tahun tok tp aku puas hati, sekurang-kurangnya aku sik berbulak mcm sesetengah org besar kita. Waktu election cjanji sampei ke langit, bila dah menang macam kacang lupak dgn kulit.

Friday, October 3, 2008

Budaya buru rakyat untuk pembangunan..

Cerita tok dah selalu kita nengar. Demi pembangunan kononnya, maka rakyat perlu dipindahkan dari kediaman asal ke tempat lain. Macam cerita Kampung Semerah Padi pada zaman mensia marek. Semua org di sia disuruh berpindah ke tempat lain dgn diganti dgn sebidang tanah pakei dak rakyat molah rumah baru. Tempat baru ya nun jauh di negeri jin bertendang. Nyamuk, kerengit dan apa jak menjadi marah cos tempat daknya kenak rimbak oleh rakyat nok berpindah ya tek. So, apa jadi dgn tanah Kampung semerah Padi? Coba kitak org check rah Land Survey, sapa empun tanah ya.

Baru-baru tok cdak adik kakak aku di Bekenu jd mangsa. Cdaknya nerima notis pindah dari kompeni kelapa sawit kononnya tanah daknya dah diempun oleh kompeni ya untuk projek kelapa sawit. Kononnya ada sorang menteri yg berkaitan sik tauk dgn perkara tok. Aku nok nanyak dgn menteri ya..apa dipolah kau di opis? Main sms jak kah? jangan nok berdalih. Cdak adik kakak aku di bekenu ya dah bertahun-tahun diam ditanah ya sejak zaman nenek datuk aku marek. Tiba2 jak status tanah ya dah bertukar. Sapa molah kerja tok? Sapa yg mempunyai kuasa untuk melulus semua perkara tok? Aku sik berani nopk nyebut cos sik pasal-pasal aku ditapuk sama dgn Raja Petra lak.

Skandal dan gosip raya..

Mungkin rami akan terkejut mun aku madah dgn ktk org dua cerita yg agak panas. Di kalangan komuniti org2 besar, mungkin rami yg tauk ttg cerita tok dan mungkin juak tauk sapa molah kerja ya. Tp bagi berlaku adil agar cerita tok sik mengaibkan individu2 tertentu, aku sik akan madah sapa org ya.
sekali lagi cerita tok aku dpt semasa kunjungan aku ke rumah kawan aku. Di sia, mcm2 cerita panas politik negeri kita menjadi topik perbualan. Antara yg menarik perhatian aku ialah perlakuan sik bermoral dua org yg aku rasa agak ternama di negeri kita.

Menurut org yg bercerita, lelaki "A" sgt kaya dan berpengaruh. Nya sanggup bayar RM2 juta dgn laki perempuan ya tek agar bini org ya jd perempuan simpannya. Wow..dasyat..cos org tok memang terkenal dan kaki komplen ttg kesalahan org lain di newspaper.

Seterusnya cerita ttg lelaki "B". Org tok pun sgt kaya dan berpengaruh. Mungkin servis bininya sik cukup bagus lalu dikerjanya org gaji diriknya pun sampei buntin. Lepas hantar k sigek tempat utk membuang kandungan perempuan ya tek. Nok nambah best agik cerita, org gaji ya tek sgt rapat dgn bini nya pun...wow...nang apa lah..

Jadi, pengajaran yg boleh kita dapati dari cerita tok tek, buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali. Cermin dirikpun lok sebelum kita nok pandei-pandei negur org lain..

Wednesday, October 1, 2008

YB frust...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari bait bulan bait tok, aku mohon ampun dan maaf kpd cmua yg selalu maca blog aku tok. Mun ada silap bahasa atau mungkin ada bahan cerita aku yg nyinggung perasaan, aku menar2 minta maaf.

Walaupun cam ya, tangan aku tok gatal nar nok nulis sigek cerita tok. Cerita tok agak sensasi bagi aku cos tok lah pertama kali aku nengar dari sumber yg sgt boleh dipercayai ttg masalah dalaman politik kita yg sik pernah dicerita oleh org dgn aku. Pagi tok tek, ada lah srg hamba Allah berjln ke rumah bos aku. Mcm2 cerita lah keluar. Oleh krn kmk duak sgt rapat maka timbullah cerita ttg bosnya yg secara kebetulan srg ADUN.

Bosnya tek pernah meluahkan rasa kecewa cos sampei kinek tok ari, masih juak nya jd ADUN jak. Mun ikut aturan, biasanya org senior diberi peluang megang jawatan dlm kabinet negeri mun ada kekosongan. Tp baru-baru tok ramilah membernya komplen termasuk diriknya pun. Kinek tok, ada yg baru jd YB terus jak dilantik jd Timbalan Menteri sedangkan rami gik cdak MP lain yg lebih senior takat jd MP jak. Pas ya tek, ada YB dlm kabinet negeri megang lebih dari sigek portfolio. Menurutnya, apa lah salah beri portfolia yg lain kpd ADUN lain yg dah lama dlm parti. Cdaknya bukan sik pandei malah lebih arif ttg portfolio tertentu berbanding dgn org nok megang portfolio ya. Mun salah ari bulan, maok juak cdaknya terjun ke sebelah mun offer "sgt menarik".

Terkejut juak aku nengar cerita ya. Bila aku ngenang balit, ada juak kebenaran cos dlm opis aku pun ada sorang duak senior yg berperangei mcm ya. Bila sik di nait pangkat, merajuk jak rupa daknya. Nok melawan bos sik berani cos takut kenak buang kerja. Aku rasa perkara tok patut diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri. Mun sik ditangani dgn betul, perkara tok akan menjadi cancer. Mun dah melarat, sik dpt diubat lagik.