CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

Aku tak faham...


Kerajaan mengumumkan harga minyak tak naik tp apa yg aku faham mcm lain jer...kalo tak caya baca kenyataan akhbar yg d petik dari utusan online hari nih...ermm...pelik tp benar...

Petrol RON95 ganti RON92, RON97 naik harga

31/08/2009 5:51pm

Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok, kerajaan mengumumkan di sini hari ini.

— BERNAMA



Tiada perubahan harga petrol utama negara - Ismail Sabri

31/08/2009 8:10pm

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.

“Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaannya adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

“Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung daripada produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi,” katanya semasa berucap melancarkan RON95 di seluruh negara di sini hari ini. - Bernama

Sunday, August 30, 2009

Malaysia Day...renungan..





Bila 31 Ogos menghampiri kita, berbagai kempen dan iklan mengenai hari kemerdekaan akan disiarkan oleh segenap jenis media. Sebagai rakyat Malaysia, saya menghormati keputusan kerajaan kita untuk menjadikan tarikh 31 Ogos setiap tahun sebagi Hari Kemerdekaan negara kita "Malaysia". Namun, saya dilahirkan di Sarawak dan mengetahui akan sejarah penubuhan Malaysia yang mana Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya telah bersatu dan menubuhkan sebuah negara baru yang dinamakan sebagai "Malaysia". Jadi, bacalah dan fahamilah artikel yg saya petik dari Wikipedia mengenai "Malaysia Day"... Selamat menyabut hari kemerdekaan yang ke-52...

Malaysia Day

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search
A national ceremony celebrates the formation of the Federation of Malaysia in 1963 in Singapore.

Malaysia Day is held on September 16 every year to commemorate the establishment of Malaysian federation on the same date in 1963. It marked the joining together of Malaya, North Borneo, Sarawak, and Singapore to form Malaysia. The formation of the new federation was planned to occur on June 1, 1963, but was later postponed to August 31, 1963, in order to coincide with the sixth Hari Merdeka. Several issues related to the Indonesian and the Filipino objection to the formation of Malaysia delayed the declaration to September 16 of the same year. The postponement was also done to allow the United Nations team time to conduct referendums in North Borneo (now Sabah) and Sarawak regarding the two states participation in a new federation.[1]

The formation of Malaysia was made possible through the introduction of the Malaysia Bill to the Malayan Parliament on July 9, 1963, and consent from the Yang di-Pertuan Agong on August 29, 1963.[1]

Prior to the formation of Malaysia, Singapore and North Borneo unilaterally declared independence from the United Kingdom on August 31, 1963, thus coinciding with the sixth anniversary of the Malayan independence.

Malaysia Day is not a public holiday. However, it is coincidental with the birthday of the Yang di-Pertua of Sabah, making the day a public holiday in Sabah.

Friday, August 28, 2009

Sakit hati...



Entri kali ini pendek jer. Semalam waktu gi bazaar ramadan aku agak kecewa dgn sikap beberapa penjaja di sana. Tanpa segan silu mereka merokok, minum air dan makan di khalayak ramai. Kalo mereka bangsa len or beragama len takpa tp ni bangsa melayu... Ada juga yg mengganggu gadis cantik yg lalu di depan mereka. Perbuata sebegini cukup menyakitkan hati. Namun tak semua penjaja d bazaar tersebut berkelakuan burok camtu tp kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Tuesday, August 25, 2009

CINTA SMS.......heeeee.....



Semekom. Kenak sik balas. Ktk tidokah? Mun tido sowie. Mun sikda kredit, pergi beli. Mun ktk tgh sms dgn gerek baru ktk sowie. Kmk sik suka gerek mek curang. Kmk jujur dgn ktk.


Fooohhhh...camney dgn ayat2 maut d atas ya? well, jgn salah faham..bukan kmk pun tp sms ya kepunyaan salah sorang sun fruit kmk. Well, minggu tok cuti skool so rami lah dak sun fruit mek berambeh d rmh. So, kecoh lah suasana d rmh especially bulan posa tok.

D pendekkan cerita, malam tadik lepas suma dak sun fruit mek tido, maka berbunyilah henpon salah srg anak buah mek. Ari dh jauh mlm so takut juak mun sms ya penting. So, kmk bacalah sms ya. Yobih...terkejut mek baca... Alu lah mek madh ngan mrs kelebar. Rasa nok leput mek duak baca... Alu lah mek teringat kisah another of muy sun fruit ketika berada d KL masa bertanding silat ya tek. Tgh daknya sikda dlm bilit, henpon my sun fruit pun berbunyi. Bila d tanggar ada sms dari one of his "girlfriend"... Mbiak ya nanyak apakah kaler kegemaran my sun fruit ya tek. So, I feel a bit noty waktu ya n terus kmk pun balas. You all nok tauk sik apa kmk tulis? Well, it goes like this

Kamek suka kaler merah tepekong...

Bila dak sun fruit kmk balit ke bilit, alu d storu mek apa yg berlaku. Senyum jak sun fruit mek ya. Nok marah sik berani..just senyum jak lah... tauk sik tak org umo kedua2 sunfruit mek ya? baru 10 tahun ler....ish..ish..ish..penin palak mak bapak nya duak mun mek story cerita tok dgn daknya....heeeee......

Fuuuuhhhh..mbiak kinek tok nang advance dari segenap hal. Arap2 lah dak anak buah mek ya sik hanyut dan hayal. Semoga daknya sentiasa dilindungi Allah dlm setiap perlakuan dan pergerakkan daknya...amin...

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa...

Bismillahirrahmanirrahim. Marhaban ya syahrul barakah. Marhabanya syahrul ramah. Marhaban ya syahrul magfirah.Assalamu'alaikum ya Ramadhan.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua bloggers yg beraga Islam. Semoga kita sama2 mendapat berakah dan hidayah dari Allah tuhan seru sekalian alam.

Thursday, August 20, 2009

Selamatkan Malaysia...Berhenti Bercakar...




Kinek tok aku rasa rakyat kita semakin berubah. Ada yg makin bagus dan ada yg makin teruk. Yg bagus ya, baguslah tp yg teruk ya lah aku binggung. Hampir setiap hari bila kita baca news, gerenti ada cerita urg mati kenak bunuh , rompakan, ragut, rogol dan mcm2 gik. Apa dh jd dgn rakyat kita nek towk. Mun perkara mcm tok sik dpt di atasi, sik mustahil tuhan akan nurun bala yg dasyat dgn negara kita. Mun perkara ya berlaku, semua urg sik ngira besar kecik, tua muda, berdosa atau nisik...pasti akan nerimak kesannya.

Kamek hrp dak pak menteri dan pak polikus ya berenti berperang ttg isu2 sik berfaedah dan lebih memberi perhatian ttg isu2 keselamatan dan kerohanian agar rakyat negara kita dpt dibentuk menjadi rakyat yg lebih berdisiplin, bertoleransi, amanah serta komited utk membangunkan negara. Iboh di ajar dak mbiak merusuh, berdemonstrasi dan perkara2 yg sik berfaedah... Jd lah contoh atau "role-model" yg baik...

Friday, August 14, 2009

The Silat 2009 Champion - Sarawak Team

Khas untuyk tatapan rakan2 bloggers yg menyokong perjuangan ku...

Saksikanlah pendekar-pendekar cilik Sarawak Bumi Kenyalang dlm perjuangan memartabatkan seni silat kita di pentas kebangsaan...

You really make me proud to be a Sarawakian...

Tuesday, August 11, 2009

Selsema babi...sampei bila?




Kmk nang rasa agak takut bila baca news ari tok yg jumlah urg mati krn selsema babi semakin meningkat. ari tok ajak dh 6 org mati dan menjadikan jumlah kematian meningkat kpd 38 org. Jd, sampei bila kerajaan dan rakyat kita sedar akan betapa seriusnya penyakit tok. sepatutnya semua agensi kerajaan dan swasta yg berkaitan mengambil tindakan proaktif bagi menangani wabak tok.

Daknya sepatutnya berada d barisan hadapan dlm melakukan pencegahan awal spt berada d tpt awam dgn mengadakan pemeriksaan rambang terhadap rakyat atau urg yg berada d tpt awam yg berkenaan. sediakan kaunter khas d shopping kompleks besar dan tpt yg biasanya dikunjungi moleh urg rami.

Jgn asyik terperok d pejabat jak atau hanya membuat kenyataan akhbar ttg bahaya penyakit tok. Masalah sik akan selesei jika kita hanya pandei bercakap jak. "Action speak louder than words".
Kempen ttg bahaya dan pencegahan selsema babi tok patut diadakan secara serius dan berfokus agar rakyat lebih memahami akan perkara ini. Jgn kempen pilihanraya jak sanggup ngabis berjuta-juta ringgit wang rakyat tp bila berkaitan dgn masalah kesihatan, mcm2 alasan diberi. Selsema babi tok tidak mengira bangsa samada org tersebut makan babi atau tidak. Yg penting di sini ialah barisan pertahanan hadapan perlu dilancarkan agar rakyat lebih peka akan situasi semasa dan keadaan yg berlaku sekarang. jgn sembunyi apa2 fakta atau maklumat ttg penyakit ini. jgn takut kehilangan pendapatan melalui pelancongan krn nyawa rakyat lebih penting. Jgn jd PRU12 berulang kembali krn kelemahan kepimpinan dan kurang peka akan kebajikan rakyat. Lupakan persengketaan politik yg tak sudah sehingga menjejaskan fokus terhadap kebajikan rakyat.

Saturday, August 8, 2009

Tahniah Pendekar Kenyalang !!!












Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, tuhan seru sekalian alam. Atas limpah kurnianya dan izinnya, perjuangan Kontinjen Silat majlis Sekolah-sekolah Sarawak telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Menengah dan rendah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 4-6 Ogos yang lalu di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Saya sangat bersyukur dan terharu di atas kejayaan ini dan saya turut berasa bertuah kerana bersama dengan pasukan yang mencipta sejarah yang tersendiri. Inilah kali pertamanya Sarawak menjuarai pertandingan silat peringkat sekolah-sekolah malaysia.

Pasukan kita telah berjaya mendapat 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. pemenang-pemenang pingat adalah seperti berikut;

  • Mohd Firdaus bin Rahmat (emas- seni tari putera sekolah menengah)
  • Mohd Shamren Bin Hussen (emas-seni tari putera sekolah rendah)
  • Nur Suhaida bt Muliyono (emas-seni tari puteri sekolah rendah)
  • Wan Mohd Muazzam Bin Wan Zainaudin & Wan Mohd Hafizuddin Bin Wan Mohd Iskandar (perak-seni silat tempur putera sekolah rendah)
  • Intan Ayu Anissa bt Hj Rafandi & Nazihatul Athirah bt Azaman (gangsa-seni tempur puteri sekolah rendah)
  • Dyg Kamariah bt Awg Sahmat & Siti Nirwana bt Rabani (gangsa-seni tempur puteri sekolah menengah)
Dengan keputusan tersebut, sarawak telah menjuarai kategori sekolah rendah dan juga Johan Keseluruhan pertandingan. Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jurulatih dan pegawai yang diketuai oleh Cikgu Bujang Awg Jamain (Pengurus Pasukan), Cikgu Wan Zainaudin Bin Wan Junaidi (Ketua Jurulatih), Cikgu Misrah bt Suliman (Jurulatih), Cikgu Peter Bin Taki (Jurulatih Muzik) dan Cikgu Nurlyana Abdullah (Jurulatih).

Saya turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan rakan2 yang turut bersama memberi sokongan padu kepada pasukan Sarawak semasa berada di Stadium Titiwangsa (Cikgu Amir Mahmud Piang, Cikgu Muliyono Piang, wan Mohd Iskandar Bin Wan Junaidi, Kam dan Tini).

Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pegawai2 teknikal yang turut bersama iaitu Cikgu Mortadza, Cikgu Yahya dan Cikgu Taher. segala teguran dan tunjuk ajar tuan2 begitu bermakna dan membantu memantapkan persiapan pasukan kita.

Untuk makluman rakan2 sekalin, Sarawak telah diumumkan sebagai tuan rumah Pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia pada tahun 2010. Insyaallah, kami akan meyiapkan diri lebih awal bagi menghadapi pertandingan tersebut dan seterusnya cuba untuk mempertahankan kejuaraan yang telah kita menangi pada tahun ini.

Kepada anak2 silatku yang kurang berjaya pada tahun ini, jangan putus asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Semoga anda lebih berjaya pada penampilan yang akan datang.

Monday, August 3, 2009

Pertandingan Pencak Silat MSSM Malaysia...


Saya mengambil kesempatan ini untuk menghebahkan kepada semua rakan2 bloggers bahawa pasukan Pencak Silat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah sarawak akan menyertai pertandingan Pencak Silat MSSM Peringkat kebangsaan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 4-6 Ogos di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seramai 19 orang pesilat, 5 pemain muzik dan 4 org guru akan berangkat ke Kuala Lumpur esok (3 ogos 2009). Saya dan Kirana turut mengiringi pasukan tersebut.

Dengan kesempatan ini saya memohon doa restu semua kawan2 agar pasukan kita akan beroleh kejayaan yang membanggakan. Kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berdekatan, saya memohon kesudian rakan2 sekalian untuk menjenguk kami sambil memberi sokongan moral agar pesilat2 kita akan lebih bersemangat. Sepanjang kejohanan nanti, kami akan menginap di Hotel Kuala Lumpur International.