CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 10, 2009

Tanganilah isu ncr dgn bijak...

sebelum kita bercakap byk ttg ncr, aku adalah molah homework sambil meluncur tenet. Adalah juak sikit info yg boleh kita berkongsi agar kita lebih faham ttg ncr. Apa-apa isu ncr lak kita bincang..

Tok kmk mbik dari wikipedia:

Native customary rights

Native customary rights to land in Sarawak was a system of land tenure based on adat (native customary laws) that existed prior to British arrival in Sarawak. Native customary rights to land consisted of rights to cultivate the land, rights to the produce of the jungle, hunting and fishing rights, rights to use the land for burial and ceremonial purposes, and rights of inheritance and transfer. According to native ideas, the clearing and cultivation of virgin land confers permanent rights on the original clearer (Geddes 1954; Freeman 1955; Richards 1961).


Tok aku mbik dari http://brimas.www1.50megs.com/Statement_SUHAKAM_2005.htm
Kenyataan Mesyuarat Masyarakat Orang Asal Sarawak Sempena Seminar Mengenai Hak Tanah Orang Asal Yang Dianjurkan

Oleh SUHAKAM

27 – 29 Mac 2005

Hotel Harbour View, Kuching

KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.

Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.

Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:

1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;

2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;

3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);

4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;

5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;

6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;

7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.

Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:

1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;

2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;

3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;

4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;

5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;

6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;

7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;

8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;

9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;

10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;

11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.

12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.


Jadi aku rasa, persoalan yg berbangkit di atas perlulah diberi perhatian oleh kerajaan negeri sarawak khasnya kerana ada beberapa isu yg dibangkitkan masih lagi dipertikaikan oleh masyarakat. Memanglah dlm usaha kita nok membangunkan negeri, kita perlu melakukan pengorbanan tapi janganlah sampei urang kita jak yg sik beruntung sedangkan urg lain yg sikda kaitan yg pecah perut. Masih byk ruang yg perlu dibaiki. jgn memandang remeh isu-isu ttg ncr tok kerana bagi daknya yg tinggal di pedalaman, sikda gik reta yg lebih beharga dari tanah adat daknya kerana tpt ya lah daknya carik rezeki.

kepada calon Barisan nasional yang akan bertanding pada pilihanraya kecil batang air, study benar2 isu tok, berik jalan penyelesaian yg praktikal, padah dgn rakyat rancangan pembangunan yg praktikal yg bakal dilakukan bagi membangunkan batang air dan jgn molah janji yg sememangnya mustahil untuk anda tunaikan...

7 comments:

Shitsurei shimashita said...

wah, udah tukar skin yer..i like green

benar tu, byk isu yg gomen tak dpt tangani dgn bijak, benar,tulus mulus dsb..asik2 bertindak atas dasar pembangunan yg kdg2 org tak mintak pun. Bagi aku dah wajib kerajaan mana pun bangunkan negara tp jangan semua dilanggar. Bila diberi tunjuk ajar/pendapat kata kita melawan, pembangkang dsb.. yalah ni negara kami ma. Kalo 1 way ja, jd mcm komunis lah plak.

Kalo di sana masalah NCR tp di KL masalah Kg.Baru, yg sebenarnya merupakan emas yg tiada tolok nilainya bagi org kita.

Kelebar Malam said...

shitsurei shimashita,
heeee... memang betul, sapa pun jd kerajaan, jgnlah mengabaikan keprluan dan kehendak sebenar rakyat.
keadaan di Sarawak sememangnya jauh berbeza dari semenanjung kerana budaya, pemikiran dan sosio politiknya memang berlainan. kita mungkin gembar dgn isu kes liwat anwar ibrahim tp kami d sini buat derk jer, kita mungkin meradang dgn isu penderhakaan terhadap raja/sultan..sekali lagi kami d sini buat derk juga, isu ppsmi yg sgt panas di semenanjuung pun tidak memberi apa-apa impak dgn rakyat d sini kerana cara kami berfikir, bertindak dan berjuang sememangnya berbeza.

Apa yg kita inginkan ialah sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah..

Si Penconteng said...

Penah sik kitak encoba nak libatkan diri scara ektip lam politik? Coba gak. Ada potensi kita ya...

Kelebar Malam said...

si penconteng,
wakakakaaa..ada juak asa ati nok coba tp...nya lah ya..takut kmk lupak daratan bila dah naik klk.. rami urg cam kamek waktu baruk nok mula tp bila dah di atas..cakap pun sik guna..heeeee..tq atas saranan kitak..biarlah kmk cam tok jak. At least, blog kmk tok ada d jengok daknya and ada juak respon peribadi daknya..neway, thanks for ur advice, I'll look into it..heeeee...

SRISUFI said...

Salam kelebar,

Setiap perkara nak dipolah oleh kita yang penting adalah apa yang kita NIAT kan.

Seandainya semua 'panglima' hebat negara berNIAT utk memperjuangkan hak rakyat berlandaskan fitrah, boleh jamin peratus 'bejat akhlak' dikalangan generasi muda dpt diatasi walau kita amalkan dasar langit terbuka dunia tanpa sempadan sekalipun apa saja yang terbuka.

Tapi malang sesetengah 'panglima' sesuka hati mencaturi negara ngan hawa masing2. Undang2 akhirat diengkah rah sini pun sik tauk lah. Sedang sidak berperang rah Parlimen, sik sedar remaja pelapis negara hampir hancur dek hambatan PERANG SARAF sekular.

Aduhai,
camni ndak generasi baru gik? Khuatir juak sebab 'apabila kita nak nangga kepimpinan negara akan datang ,tanggarlah generasi muda aritok'..Cuba kita tangga, apa dah jadi sik tauk lah.

dunia dunia

Kelebar Malam said...

srisufi,
sik dpt dinafikan masalah remaja kita nek towk semakin parah dan perlu diberi perhatian serius. mcm2 usaha dan program telah dijlnkan oleh dak kerajaan tp mcm curah air ke parit jak.. kenak boleh jd cam tok? aku pun sik berani nok madah. perlu ada satu kajian khas bg mendalami dan mencari punca penyakit daknya dan carik alternatif yg praktikal bagi mjkenangani isu tersebut..

dukunlintah plk said...

selagik urg yg ada kuasa ada berisik sifat tamak dan memikirkan kepentingan diri lebih drpd kepentingan org lain.. bohhh jak negeri/negara kita tok nok maju.. pemimpin sebenar berkorban demi kepentingan rakyat.. mun sik mok berkorban harta pun.. mesti berkorban masa, tenaga, utak dsb.. sebab ya lah berat tanggungjawab jadi pemimpin.. tapi kbnyakan pemimpin knek tok gago ngisik poket/ perut kmpun yg sik pandei penoh.. bohhh jakk..