CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 29, 2008

Anugerah perkhidmatan cemerlang

Pembangunan sesebuah negara sememangnya bergantung dgn kecekapan dan kebijaksanaan pihak pengurusan dan pelaksanaan di sektor awam dan swasta. Tanpa kumpulan pekerja yang mahir dan cekap, output sesebuah negara baik dari segi perkhidmatan atau ekonomi pasti akan terjejas.

Sehubungan dengan itu, banyak mekanisme telah dipolah oleh pihak majikan utk memastikan org bawahannya menjlnkan tugas dgn baik. Oleh kerana aku tok kerja dgn kompeni sik berapa besar maka sistem mcm tok sik lah ada tapi cdak nok kerja kerajaan mempunyai cara nya pun. Antaranya ialah pemberian insentif melalui mekanisme APC or Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Setiap tahun beberapa org pekerja dari jabatan masing-masing akan diberi APC melalui prestasi kerja masing-masing. Sapa nok nerima APC akan diberi sijil cemerlang dan imbuhan kewangan RM1000. Dgn cara tok maka berebutlah cdak pekerja nok berkhidmat dgn baik..kononnya.

Cara tok nang bagus tp ada juak aku dengar cerita kononnya pemberian APC tok diberi secara bergilir kpd pekerja mengikut senioriti. Walaupun prestasi kerka org baru ya jauh lebih bagus tp keutamaan diberi kpd cdak nok lebih senior walaupun prestasinya sik berapa bagus. Jd, perkara nok macam toklah yg menjadi hiccup dlm apa juak cita-cita murni kerajaan dlm menggemilangkan negara kita. Walaupun perkara tok nampak remeh tp aku rasa ianya patut diberi perhatian.

0 comments: