400 penduduk ditelan bumi
JAKARTA 3 Okt. - Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi melanda Sumatera Barat pada Rablu lalu pada 5.16 petang 30 Sept.
Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.
"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.
Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.
Tragedi di kampung itu yang berlaku pada pukul 5.16 petang merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.
4,000 mangsa masih hidup
JAKARTA 3 Okt. - Hampir 4,000 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan berikutan gempa bumi kuat yang menggegar barat Sumatera pada minggu ini, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Palang Merah, hari ini.
"Kami menjangkakan antara 3,000 hingga 4,000 mangsa masih terperangkap atau tertanam hidup-hidup di bawah runtuhan,'' kata Penyelaras Kemanusiaan PBB di Indonesia, El-Mostafa Benlamlih kepada AFP.
Ketua delegasi Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia, Bob McKerrow berkata, pihaknya meletakkan jumlah mangsa tertimbus kepada 4,000 orang berdasarkan pemantauannya di bandar Padang dan kawasan sekitar bencana. - AFP
Baju Nikah
-
Semalam, saya dan Mr AA ke shah alam untuk mengambil
baju nikah kami yang dah siap.....
Tapi yang membuat saya bertambah bengang, veil saya x siap lagi okei...
11 years ago