CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2009

Berhati2 d jlnraya....


Mangsa kemalangan jalanraya....


Perlukah kita meratapi pemergian insan yg kita kenali pd setiap musim perayaan? Semakin byk kempen keselamatan jlnraya semakin degil pengguna jlnraya utk mematuhi peraturan dan undang2 jlnraya. Walaupiun bilangannya tak ramai tp ianya sudah cukup utk memberi kesan kpd keluarga mereka yg terlibat. Sampai bila pengguna jlnraya d negara kt dpt mengubah sikap pemanduan mereka lebih2 lagi d musim perayaan?.....

Tuesday, September 29, 2009

Against all odd...what say you????

Isa Samad sah calon BN di Bagan Pinang

29/09/2009 5:24pm

PORT DICKSON 29 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini.

Mohd. Isa, 60, merupakan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Oktober ini.

Terdapat 13,664 pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dengan 9,060 merupakan pengundi biasa manakala 4,604 pengundi pos.

DUN Bagan Pinang mempunyai 62.7 peratus pengundi Melayu, 20.7 peratus India, 10.9 peratus Cina dan 5.5 peratus kaum lain.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Azman Mohd Nor pada 4 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Allahyarham Azman memenangi kerusi DUN itu selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. - Utusan

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari raya Aidilfitri...


Kami suami isteri mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kpd semua rakan2 muslim. Kami doakan agar anda semua mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah yang maha esa. semoga panjang umur dan murah rezeki.

Dengan kesempatan ini juga, kami ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan bloggers atau sesiapa saja yg melayari blog ini sekiranya ada entri atau reply yg kami buat mungkin menyinggung perasaan tuan2 dan puan2 sekalian.

Tuesday, September 15, 2009

Satu kepala dua badan......

Bayi kembar siam yang mempunyai dua badan satu kepala yang dilahirkan seorang wanita Afghanistan di Kunduz, Khamis lalu. Badan kedua bayi itu hanya hidup untuk beberapa hari sahaja dan doktor telah melakukan pembedahan bagi memisahkannya. – AFP

Sesungguhnya Allah maha berkuasa ke atas segala kejadian baik di muka bumi ini maupun di langit. Kita hanya mampu berserah kepada ketentuannya namun kita tidak boleh berputus asa hanya kerana kekurangan yang ada pada diri kita. Insafilah dengan apa yang kita ada kerana ada lagi orang lain yang tidak mempunyai apa yang kita ada...

Saturday, September 12, 2009

I love this game.....



I still remember years ago when I was still young, I really love to play basketball. I would do anything to have appropriate gear for this game. I even cut newspaper articles (since we don't have any internet access at that time) about this sport.

As years passed I started to collect some videos about basketball and also some great teams that really rock this game to the sky. Among them is the Chicago Bulls...oh boy..oh boy..this is the best team in the world at that time especially with the reign of "His Royal Airness"..Michael "Air" Jordan. He's really superb in this game. He's in the class of his own. Until now, I couldn't see any player that can play better than him, fly higher than him, and score spectacular as he normally did..wow... He is really the wow factor in this game... Even I dream to be like him. Well, in a way I'm a bit like him, then..I'm bald (purposely), I'm dark...but I'm short of "several inches"...heeeeee...

Well, for you guys out there, I've download several video clips about MJ an d hope you enjoy the game.. To all muslim, happy Ramadan and may god bless you all...amin.... (hahaha..kakar ongputih aku ko...rasa biru biji mataku)

Wednesday, September 9, 2009

"Sweeping org Malaysia"...apa kata anda..?

SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. - AFP


Ish..ish..ish..dasyat juak dak tok...rasa2nyanya lom gik rakyat Malaysia yg bertindak liar ke atas rakyat daknya yg tinggal d ctok walaupun byk kes jenayah telah dibuktikan dilakukan oleh rakyat daknya pun... Inikah balasan kpd kita setelah kita byk memberi sumbangan ketika mereka menghadapi musibah gempa bumi, tsunami dan byk lg. Well Malaysian, we're what we are and certainly we are well-behave and civilised......very ungratefull of you...jgn krn kesilapan org lain, rakyat Malaysia yg menjadi sasaran. Kepada kepimpinan kerajaan Malaysia, anda perlu bertindak aggressif secara bijak dan berhemah bagi menangani tindakan liar pihak2 ini yg semakin menjadi-jadi...
HIDUP MALAYSIA..HIDUP MALAYSIA..HIDUP MALAYSIA..

Friday, September 4, 2009

Sumber penipuan ikan duyung pasir pandak..


Mula2 aku nak ucapkan byk2 tq kpd BP@pengerindu.com d atas maklumat yg diberi dlm commentnya ttg duyung pasir pandak. So, aku pun surf ke laman web nok d pdh nya dan jumpa segala yg perlu aku tahu ttg penipuan ikan duyung ya. So, aku hrp suma member2 dpt jengok website tok utk melihat sendiri sumber penipuan oleh urg yg xbrtanggungjawab ya.. percoma jak dak adik kakak aku d opis tok cayak dgn cerita palsu ya...heeeeee....cerik rasa tak orang, suka gilak cayak dgn cerita nok kedak tok....sila lawati laman web yg tertera d bawah...happy surfing....yo....

http://www.thefeejeemermaid.com/gallery1.htm

Thursday, September 3, 2009

video duyong pasir pandak....

Pagi tadi kecoh satu opis. Suma sebok dgn video transfer guna bluetooth. Aku pun tanya dgn opis mate..video apa...and mereka kata ikan duyung kat pasir pandak tempoh hari. Jd, aku pun minta jugak ler video tu. Bila dh siap, aku pun transfer kat komputer supaya dpt tengok dgn jelas..tp.. ada sesuatu yg mencurigakan..
1. kat permulaan n ending video ada nota dlm bahasa inggeris kononnya si "duyung" tu dijumpai selepas taufan ike sedangkan kawasan pasir pandak tu langsung tak kenal pon dgn si "ike" tuh..

2. takder pon sora org ramai yg kononnyer terpegun or apa2 jer yg kedengaran

3. si pengambil video tu mcm dh tau jer kat mana lokasi si "duyung" tuhh..

ermmm...aku pun sangsi..susah nak caya cos benda2 camni memang tak wujud pon...lagi pon ramai member yg tinggal kat dgn pasir pandak tak tahu menahu ttg kejadian tersebut.. so, rakan2 sekalian...apa komen anda..? saksikanlah........

Wednesday, September 2, 2009

Apa dh jd...?



Apa dh jd dgn dunia sekarang. Inikah yg dinamakan hidup bertamadun yg di agung2kan barat?

Pasangan sejenis pertama berkahwin di Vermont

02/09/2009 3:07am

DUXBURY Vermont 2 Sept. - Selepas 17 tahun tinggal bersama, Bill Slimback dan Bob Sullivan tidak mahu menunggu walau satu minit untuk berkahwin.

Undang-undang baru Vermont yang membenarkan perkahwinan sejenis baru berusia seminit dan mereka mengikat tali perkahwinan pada tengah malam itu, menjadi pasangan pertama yang berkahwin secara sah di bawah undang-undang yang berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Vermont ialah negeri kelima yang membenarkan pasangan sejenis berkahwin, negeri-negeri lain ialah Massachusetts, Connecticut, New Hampshire dan Iowa. - AP

Dipetik dari Utusan Malaysia Online 02/09/09