CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 8, 2009

Tahniah Pendekar Kenyalang !!!












Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, tuhan seru sekalian alam. Atas limpah kurnianya dan izinnya, perjuangan Kontinjen Silat majlis Sekolah-sekolah Sarawak telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Menengah dan rendah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 4-6 Ogos yang lalu di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Saya sangat bersyukur dan terharu di atas kejayaan ini dan saya turut berasa bertuah kerana bersama dengan pasukan yang mencipta sejarah yang tersendiri. Inilah kali pertamanya Sarawak menjuarai pertandingan silat peringkat sekolah-sekolah malaysia.

Pasukan kita telah berjaya mendapat 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. pemenang-pemenang pingat adalah seperti berikut;

  • Mohd Firdaus bin Rahmat (emas- seni tari putera sekolah menengah)
  • Mohd Shamren Bin Hussen (emas-seni tari putera sekolah rendah)
  • Nur Suhaida bt Muliyono (emas-seni tari puteri sekolah rendah)
  • Wan Mohd Muazzam Bin Wan Zainaudin & Wan Mohd Hafizuddin Bin Wan Mohd Iskandar (perak-seni silat tempur putera sekolah rendah)
  • Intan Ayu Anissa bt Hj Rafandi & Nazihatul Athirah bt Azaman (gangsa-seni tempur puteri sekolah rendah)
  • Dyg Kamariah bt Awg Sahmat & Siti Nirwana bt Rabani (gangsa-seni tempur puteri sekolah menengah)
Dengan keputusan tersebut, sarawak telah menjuarai kategori sekolah rendah dan juga Johan Keseluruhan pertandingan. Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jurulatih dan pegawai yang diketuai oleh Cikgu Bujang Awg Jamain (Pengurus Pasukan), Cikgu Wan Zainaudin Bin Wan Junaidi (Ketua Jurulatih), Cikgu Misrah bt Suliman (Jurulatih), Cikgu Peter Bin Taki (Jurulatih Muzik) dan Cikgu Nurlyana Abdullah (Jurulatih).

Saya turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan rakan2 yang turut bersama memberi sokongan padu kepada pasukan Sarawak semasa berada di Stadium Titiwangsa (Cikgu Amir Mahmud Piang, Cikgu Muliyono Piang, wan Mohd Iskandar Bin Wan Junaidi, Kam dan Tini).

Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pegawai2 teknikal yang turut bersama iaitu Cikgu Mortadza, Cikgu Yahya dan Cikgu Taher. segala teguran dan tunjuk ajar tuan2 begitu bermakna dan membantu memantapkan persiapan pasukan kita.

Untuk makluman rakan2 sekalin, Sarawak telah diumumkan sebagai tuan rumah Pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia pada tahun 2010. Insyaallah, kami akan meyiapkan diri lebih awal bagi menghadapi pertandingan tersebut dan seterusnya cuba untuk mempertahankan kejuaraan yang telah kita menangi pada tahun ini.

Kepada anak2 silatku yang kurang berjaya pada tahun ini, jangan putus asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Semoga anda lebih berjaya pada penampilan yang akan datang.

12 comments:

Ivy Metaga said...

tahniah utk semua pemenang, bangga juga sarawak menang

Kelebar Malam said...

Ivy,
Thankz a lot..memang bangga..bayangkan seluruh stadium bergema dgn lagu "Ibu Pertiwiku".. sungguh bangga... "sarawak..sarawak..sarawak..ngap sayot!!!"

x said...

Wah! Hebat! Bangga juak mek Srawak menang. Tahniah ngan suma!

Kelebar Malam said...

Titil,
Makseh...nang bangga..sampei kinek tok pun kmk gik terasa kegembiraan bila Sarawak diumum sbg Johan Keseluruhan petrtandingan ya... nang suk giler rasa ati tok...

AmirFX said...

Tahniah... Mun ada rezki len kali mok mek nak nangga juak kelak... hehe..

am-rie said...

sik sangka pesilat kita tok nang hebat2 belaka...tahniah la banyak2 kat semua.. waacha!!

dukunlintahplk said...

tahniah juak lah.. ehh nok sidak berempat makei baju itam besabok, nok ujong sekali molah tangan peace ya bukan cikgu ayok kah?

Kelebar Malam said...

amirFX,
Tq..Tahun depan Kuching,Sarawak jd tuan rumah peringkat kebangsaan. Dtg jak..

am-rie,
nang benar kata ktk ya..sik sangka juak kita dpt durian runtuh..tp semangat juang anak2 silat kita nang tinggi walaupun d negeri urg..

dukunlintah,
aok..cgu ayok lah ya...antara cgu yg paling sporting..

Unknown said...

TAHNIAH!!!! dpt dibayangkan muka ktk org semua, nang bangga abis..
Tahun dpn tok polah bagus agik, mun blh semua dpt emas. SARAWAK BOLEH!!

IsBoY'z ZeA said...

ya ku madah swk BOLEh hehehhe

Felicia F. Ramzi said...

tahniah! nang hebat orang sarawak..bangga kamek

Kelebar Malam said...

Melor,
Insyaallah pendekar2 cilik kita akan coba mempertahankan kejuaraan dan membaiki pencapaian daknya tahun depan..

IsBoy'z,
Kmk pun camya juak..yg lebih membanggakan dua peserta tempur lelaki sekolah rendah diam d mtg jaya dan bersekolah d sk petra jaya..

Felicia,
waktu diumumkan para pemenang setiap kategori d stadium titiwangsa, kaki tgn kmk sentiasa sejuk dan air mata pasti mengalir bila anak2 sarawak berjaya memenangi pingat. kmk nang bangga menjadi rakya Sarawak..