CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 2, 2009

DAP tunjuk belang?...atau...PAS tunjuk kuasa?...

Apa dah jadi dgn hubungan intim pakatan rakyat di Kedah? Kalau isu tpt menyembelih babi pon dh leh wat mereka kalut, bayangkan kalo isu lebih besar melanda. Tup..tup..mungkin tutup kedai... Saya hrp rakyat sedar dan dpt membeza antara "pemimpin" dan "mcm pemimpin"....

DAP keluar pakatan


-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah


ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini.

“Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini.

“Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan.

“Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini.

“Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.

6 comments:

AmirFX said...

Kmk setuju mun nak d robohkan tempat penyembelihan babi ya... Even d Israel tempat puak Yahudi tidak membenarkan rakyatnya memelihara babi apatah lagi nak d buat secara besar-besaran macam kilang pemprosesan... Mereka tahu ttg keburukan mun nyimpan menatang ya... Tuk pendapat kmk jak lah... Sekda nak meyokong mana2 parti...

dukunlintahplk said...

"dah aku selsema kitak urang kecoh.. tok pasal sembelih2 pun mok kecoh juak.. kitak urang madah kitak urang pandei.. tapi.. sekda sorang pun mok nanyak pendapat aku.. sian kamek".. keluhan seekor babi sewaktu diwawancara oleh wartawan akhbar daily planet ;p

Kelebar Malam said...

amirfx,
betul kata ktk ya..sepatutnya pihak2 tertentu peka ttg kebajikan rakyat khasnya yg berkaitan dgn kesihatan..

dukunlintah,
wakakaka...nang ada..nama glamer daknya kinek tok - "zaza", singkatan perkataan influenza...

x said...

Ria bukan main gik sidak pakatan bergeng kamceng. Nektok alu sik geng gik. Hmph. Nang apalah.

Felicia F. Ramzi said...

kerana seekor binatang manusia bertelagah. hebat sungguh kuasa seekor binatang...te he he
*for now i think nang patut juak nak oo..dengan segala H1N1 berlaku..even dolok H4N4 (selsema burung) pun habis segala manok disembelih..sik juak bising pey camtok gilaks..*mungkin manok kurang berkuasa berbanding bab 1 kali

Kelebar Malam said...

si penconteng,
nya lah ya...lom pa2 gik dh nok kelaei...

felicia,
sian juak dgn dak manok..rasanya dak manok tok patut ada convention pakei carik penyelesaian...heee...