CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 7, 2009

Rumpun Silat Sarawak - siri 1

Rumpun Silat Sarawak merupakan satu wadah bagi penggiat seni mempertahankan diri di sarawak untuk berhimpun dalam satu kesatuan bagi memakmurkan dan memperkasakan seni bela diri melayu di Sarawak.
Semalam telah berlangsungnya Sidang Agung ke-10 Rumpun Silat Sarawak yang mana telah diadakan di bangunan Ibu Pejabat Rumpun Silat Sarawak di Batu Kawa, Kuching. Lebih kurang 50 perwakilan dari seluruh negeri Sarawak dan Exco tertinggi RSS telah menghadiri sidang agung tersebut.
Sidang agung tersebut telah berjalan dengan sempurna, penuh dengan adab susila pendekar sejati. Semua resolusi dan usul telah dibincangkan dengan penuh adab walaupun terdapat beberapa kerisauan para perwakilan tentang halatuju RSS. namun dengan kebijaksanaan setiausaha Agung RSS iaitu Tn Hj Muhd Haneef Ali, setiap persoalan dapat dijelaskan dengan baik.
Presiden RSS, Ybhgia Datuk Wan Ali Tuanku Yubi mengharapkan agar semua perwakilan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan lagi martabat seni silat melayu di Bumi Kenyalang. Beliau menyeru agar semua perwakilan bersatu padu dan bekerjasama dengan penuh muhibbah agar tidak berlakunya persengketaan dan perpecahan dalam RSS.
Boleh dikatakan bahawa semua perwakilan menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan AJK Tertinggi RSS.
Saya harap, RSS dapat melakukan sesuatu yang lebih praktikal bagi mengembalikan kegemilangan persilatan anak jati Bumi Kenyalang dalam mana-mana pertandingan silat samada di peringkat SUKMA atau kebangsaan. semoga kita dapat melihat lebih ramai anak Sarawak menjadi juara dunia dalam pertandingan silat peringkat antarabangsa.
Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi memikirkan strategi dan perincian pembangunan silat negeri agar setanding dengan rakan2 dari negeri lain. Jawatankuasa ini perlu disertai oleh beberapa pakar seni silat dan ahli fikir dikalangan profesional agar mereka dapat merencanakan kebangkitan seni silat negeri.
Semoga perkembangan silat negeri Sarawak akan terus maju dan mampu bersaing dengan rakan2 dari negeri lain..insyaallah..

6 comments:

YANG GAMBI said...

Kawan setuju dengan pandangan tuan, seni silat di Malaysia ada berbagai-bagai nama dan cara tarinya, selain yang memang sudah terkenal diMalaysia, contohnya salah satu silat yang ada dikampung kawan dipanggil dengan nama SILAT TOK BINTAN, mungkin dikalangan orang Pahang pun tak pernah dengar....
Perlu dikumpulkan untuk diperkenakan.

amu mejie said...

waa~ main silat jugak ka klebar?..sy ade gak join satu silat..mmg xterkenal sgt..tp sllu jurus dia org guna..silat tampolari...asl perkataan tampar dan lari...he~

oon said...

nenek kmk dolok guru silat sarawak ya koh, how i wish bleh turun ilmu ya ke kamk, tp nan ado, nang xda bakat koh huhu

MariaFaizal said...

Tak pandai bersilat & rasa menyesal tak belajar masa study dulu. Ramai jugak yg join pelbagai group silat but I don't know why I'm not into martial arts. I tahu kalau jadi apa2 (Nau'zubillah...), I akan cuba sedaya upaya lari mcm sprinter :P

Kelebar Malam said...

YANG GAMBI,
makseh krn sudi menjenguk umh sy. Sememangnya seni warisan kita patut dipertahankan dan diperagakan agar tidak hilang ditelan zaman.

amu mejie,
hehehehehehe..nang ada-ada jak ktk tok..asalkan tak buli org tu dh kira ok ler...

oon,
nang dh jd kebiasaan keturunan dirikpun sik berapa mok nok belajar tp insyaallah, mun ktk ada keikhlasan, barang ya akan dtg rah ktk juak klk.. by d way, apa nama silat nenek ktk ya?

MariaFaizal,
kah..kah..kah..kalo usia mseh muda, ok gak tp kalo dh hampir senja...bertawakkal ler jawabnyer...heeeee...jg marah....

Penunggu Senja... said...

assalamualikum,salama majeppu,suasana silat di Sarawak memang menarik,alirannya lain sikit dari semenanjung,sempat khatam satu perguruan di Sarawak,pesilat di Sarawak memang bagus contoh seperti Abg Erdie...gud luck bro...