CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 15, 2009

Pertandingan Silat Tertutup Kuching, Sarawak

Pada hujung minggu lepas (13 & 14 Jun) telah berlangsung pertandingan silat antara perguruan silat di Kuching. Antaranya ialah perguruan Silat Helang Putih Perkasa, Asli Cimandei, Warisan Melayu, Betawi, Hailam Laut, 4 Serangkai, dan byk lagi. Beberapa kategori pertandingan telah diadakan spt silat olahraga mengikut kelas berat badan, jurus wajib (regu) dan seni tari silat (tunggal, bebas, ganda).

Antara perguruan yg menarik perhatian ialah pasukan dari Persilatan Asli Cimandei. Kehadiran mereka kali ini begitu bergaya lengkap dgn pakaian track, bendera pasukan, pot mineral dan lain2. Boleh dikatakan pasukan ini antara yg teratur pengurusannya. Syabas diucapkan kpd pengurusan pasukan ini.

Namun demikian, beberapa pasukan lain turut memberi saingan yg sengit. Antara yg begitu jelas ialah pasukan dari Perguruan Silat Helang Putih Perkasa. Walaupun hanya menurunkan 6 pesilat silat olahraga, namun kejayaan mereka memenangi 4 tpt pertama dan 2 tpt kedua adalah satu pencapaian yg sgt membanggakan. Tahniah diucapkan kpd ketua jurulatih mereka iaitu saudara Mozy dgn dibantu oleh saudara Amy Borhan.

Secara keseluruhannya, terdapat byk kelemahan yg perlu dibaiki oleh semua pasukan yg menyertai pertandingan ini memandangkan pesilat2 yg terpilih bakal bersaing bagi merebut tpt utk mewakili Sarawak utk pertandingan silat SUKMA tahun depan.

Penganjuran pertandingan ini juga mempunyai byk kelemahannya yg perlu diperbaiki agar pengurusan pertandingan seumpama ini pd tahun depan dpt diuruskan dgn lebih licin lagi. Namun, penghargaan patut diberikan kepada Cikgu Amir mahmud dan isteri beliau (Cikgu Misrah) kerana telah memberi komitmen yg sgt tinggi dlm menguruskan pertandingan ini dgn jayanya. saya percaya, tanpa 2 individu ini, sudah pasti "Kuching Close" pd tahun ini akan gagal.
Sekali tahniah kpd mereka.

Tidak dilupai barisan wasit dan juri yg bertugas bertungkus lumus agar pengadilan pertandingan ini dpt dijlnkn dgn sebaik dan setekus yg boleh. Tahniah kpd anda semua..tanpa mengira masa atau wang ringgit..

Saya berharap satu "post-mortem" dpt djlnkn segera bagi mengenalpasti punca kelemahan serta kekuatan penganjuran pd kali ini. Begitu juga dgn pengurusan yg akan mengurus pasukan silat Bahagian Kuching dpt dibarisi oleh mereka yg benar2 bertanggungjawab dan sedia berkhidmat demi memartabatkan silat sarawak. Semoga semua pesilat Bahagian Kuching akan mencapai kejayaan yg lebih membanggakan pd tahun ini pada pertandingan yg seterusnya.

5 comments:

MariaFaizal said...

All the best bro!
Bringing silat to another level. Ditto to you.

attyfir said...

gud luck bro

Ivy Metaga said...

kmk pun mau bersilat juak lah hehe, errr..sorry kelebar gurau2 jak

oh kelebar bole sik berik nama penuh ktk, sb maybe ujung bulan tok atau awal bulan 7 topi koboi ktk ya akan di kirim, maybe by bus, jadik berik nama penuh jak dah cukup hehe..

x said...

Semoga semua berjalan dengan lancarnya lah oh. Amin.

kandot65 said...

Tahniah. Teruskan semangat juang.