CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

Rakyat maok perubahan..

Kita dah merdeka lebih 45 tahun dan banyak pembangunan dan pencapaian dah dinikmati oleh kita. Mun musim marek jalan ke kampong2 sik berapa bagus. Ada yang berbatu sebesar penumbok dan sik kurang juak licak berlumpur. Tapi kinek tok, hampir semua jeraya nuju ke tempat-tempat ya tek bagus. Aku sik juak madah semuanya bagus cos jeraya ke kampung nenek aku di Berayak Miri, masih gik belum bertar.

namun secara kasarnya, arus pembangunan dah menghampiri segenap pelusuk negeri kita. Namun demikian, tok bukanlah alasan untuk kerajaan kita mendabik dada madah daknya dah membangunkan negeri kita cos aku percaya masih banyak lagi yang mampu dipolah daknya tapi kerana sikap angkuh sesetengah pemimpin kita, beberapa kawasan di negeri kita tok belum gik terbela. Mun daknya madah kerana cdaknya negeri tok maju..nang juak sebab dah jadi tanggungjawab daknya. Jangan nok bersandarkan kemajuan yang sememangnya wajib dipolah menjadi alasan nok berbangga cos rakyat negeri tok sentiasa membandingkan diriknya dengan cdak nok di semenanjung.

Mun di semenanjung, hihway dapat dipolah dari johor sampei ke perlis dengan bagus dan hebat, kenak di sarawak tok jeraya dari Kuching ke Kapit sik dapat dipolah. Sika ada alasan nok madah jeraya ya sik dapat dipolah kerana masalah geografi or ekonomi cos negeri kita tok merupakan salah sebuah negeri yang banyak menyumbang kepada kekayaan negara kita.

Aku harap pemimpin baisan nasional negeri tok lebih proaktif dan lebih agressif lagi dalam mendapatkan dana yang banyak bagi membangunkan negeri kita. Mun tok dapat dipolah daknya, aku gerenti rakyat akan nyokong daknya sampei bila-bila. Masa selesa duduk di opis beraircond dah sikda lagik. Kitak orang mesti mengembalikan kepercayaan rakyat dengan berusaha memajukan kawasan masing-masing. Jangan pikir rakyat sik pandei ngitung rega rumah, kereta, dan harta yang dimiliki kitak orang cos mun ngarap gaji jak..kus semengat.

Arus perubahan politik sedang melanda negara kita. Mun pemimpin BN negeri masih lagi bersenang-lenang di atas kerajaan langit..maka bersedialah untuk turun ke bumi yang nyata..

2 comments:

Anonymous said...

nang benar kata u pok. silap ari bulan telungkup tudung saji..

Anonymous said...

Dah dapat 'kerusi empuk', dah selesa daknya peduli apa ngan masalah rakyat. Masalah daknya pun dh selesei sbb dh berada di 'zon eksklusif'.