CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 11, 2008

kenak negeri kaya..rakyat merinsak..

Dah nok masuk 45 tahun sarawak merdeka melalui penubuhan Malaysia. Negeri kita kaya dengan khazanah alam seperti minyak, balak, emas dan banyak lagi. Setiap bahagian di negeri sarawak menyumbang pendapatan yang tinggi ngan kerajaan malaysia. Kerajaan negeri bengga dengan sumbangan negeri kita terhadap kekayaan malaysia. Tapi yang aku heran, kenak jeraya masih lagi lintang-pukang, rumah kedai dan bangunan di pasar-pasar besar di sarawak macam pasar tahun 70an jak. Bintulu..mun di ikut-ikutkan..sepatutnya sangat maju dari segi pembangunan infrastruktur tapi masih juak macam urang baruk bangun tido. Ney pergi kekayaan gas dan minyak bintulu..? Pernah aku baca kat paper beberapa tahun dolok..menteri kita mintak cdak kerajaan pusat beri peruntukkan banyak gik pakei membangun negeri kita tapi sik juak ku nangga apa-apa yang special.
Di semenanjung, macam-macam pembangunan jak dipolah. sampei negeri-negeri miskin pun diberi peruntukkan berbillion ringgit pakei ningkat ekonomi dan kemajuan negeri ya. Kenak cdak sik molah sarawak macam ya juak. Sepatutnya kita diberi peruntukkan yang lebih besar agar rakyat kita dapat menikmati pembangunan yang sepatutnya seperti orang di semenanjung. Jangan double-standard bah.
Aku percaya, menteri kita di sarawak sik berdiam diri. Aku harap cdaknya berjuang untuk mendapat peruntukkan yang lebih banyak agar proses pembangunan di sarawak dapat dipercepatkan lagi. Mun di check cerita rakyat di kampung-kampung atau di opis-opis, semuanya merungut tentang masalah harga barang yang meningkat, belanja minyak semakin meningkat, belanja sekolah anak semakin meningkat. semuanya semakin meningkat. yang sik nait ialah gaji kita jak. Cdak kerja perintah mungkin senang dikit. Tapi cdak nok kerja dengan tokey tok susah nok cakap.
Sigek juak, mintak-mintaklah semua yb kita turun padang pergi ke kawasan masing-masing dan berilah bantuan apa yang terdaya. Asak ati org kampung mun ada yb yang sanggup menderma ngan cdaknya. Dewat juak sik dapat cari sponsor pakei nulong rakyat. Pilihanraya makin dekat, hati rakyat kenak jaga, jangan sampei negeri kita dipegang oleh org lain. Jaik-jaik bn sarawak, orang kita yang megang. Mun org belah nun megang, susah juak kita kelak. Macam pepatah melayu, lari dari mulut boyak, masuk ke mulut rimo.
Semoga apa nok ku padah tok sik di salah anggap. Ini hanya sebagai peringatan kepada kita semua. Kepentingan negeri kita, rakyat kita..mestilah dijaga oleh orang kita pun. Setakat nok ku tangga sampei ari tok, sik ada parti lain yang dapat diarap kecuali parti kerajaan kita kinek tok. Walaupun rami antara kita yang merungut, tapi itulah pilihan yang paling selamat. Jadi untuk memastikan ke4rajaan negeri kita lebih efisien dan bertanggungjawab, kita hendaklah berani menegur mana-mana pemimpin kita yang leka. Semoga cdaknya molah homework untuk membaiki dirik nya pun.

0 comments: